Tuesday, June 30, 2009

Puasa Ganti - Settled!

Salam,
Hari ni pulak, masak mee goreng for breakfast. Mcm biasa inilah breakfast ini lah bekalnya. 1 for along, 1 for syarafi. Shahirah still MC lagi. Aku last ganti puasa hari ni. So sure lah bangun sahur kul 5am. Aku kena bangun sahur le kalo tak nanti sure aku migraine 1 hari. Lagi terbongkang! Nor...aku bukan rajin utk bangun sahur tau tp terpaksa....






Ini muka syarafi pagi2. Nak pegi sekolah ni...heheehehe


Ini lak sharir, baru lps pakai stokin. Mcm2 bergayut kat badan. Beg le, air le. ada extra beg lagi. pening pulak ummi dia tgk. Dah le beg berat!!!!. Hari ni dia pakai baju PBSM. Cikgu soh pakai sbb hari ni dia terima sijil camping. Kena bawak baju sekolah dan baju PJK. arghhh!! apasalahnya pakai baju PBSM tu terus? tak menyusahkan budak2 nak bawak baju lain. Aku paling takut sharir tertinggal baju je. Maklum le dia ni mmg careless sikit.


Lps si 2 org tu pegi sekolah aku mcm biasa...tidur balik. Kul 9.30am bangun. siap2 dan pegi umah ayu. Disebabkan aku malas nak layan kerenah zahiroh, aku tinggalkan dia kat umah dgn bibik. Sekali dia meraung haa amik kooo...40 block pun dengar..hahahaaha. Tp kena tinggal gak le sbb nanti dia nakal. Aku tak larat le puasa2 ni beb!. Zahiroh skrg ni nak jalan pun taknak pegang2 tgn dah. Nak jalan sendiri. Tgn siap letak kat belakang tu!.

Kat rumah ayu dia tunjuk tea set yg dia beli kat Langkawi...RM45 je! Murah gilaaa....udah le lawoo. Saje ayu nak bagi aku jeles tau!! uwaaaaaaa. dah pegi umah ayu aku terbekenan lak kat 1 viscose yg ayu jual. Mmg cun. sat..aku curik gambo ni dari web ayu..hahahaaha. Mmg cun..wa ckp lu . Ini diaaa (ayu..awat gambar hang ni beso gedabak?penuhhsss blog aku kekdahnya!). Korang nak tgk kain lain? simply click kat gambo tu..terus aku dah link kan ke kedai ayu. Selamat Meroyan...ahakssss


Balik dari umah ayu, aku pegi workshop sbb laki aku soh tukar minyak hitam. Sekali sampai kat sana, minyak hitam kat umah daaaaa. Ini yg aku nak berasap ni. Lain kali letak je lah minyak dlm kete terus. Mana le sempat aku nak fikir tang kereta pulak. Kat rumah pun dah overloaded RAM aku ni...ini kan pulak hal2 kereta! Sudahnya aku pusing balik rumah amik minyak then pegi kedai tu balik. Arghhhhhh!!!! jadik hulk kejappp

After selesai semua ..balik2 je terus aku nampak katil dulu. Nak tidoooo.....bangun kul 5.30pm. Dan prepare for dinner lak. Apa menunya? hehehee..scroll kat bawah.

Budak kat bawah ni mcm biasa. Aku baru je nak snap gambar for dinner dia dah start posing. Meh le kita tgk posing dia dulu sblm tgk gambar makanan..heheheheeh



terlentuk kepala zahiroh. Time ni dia tgh makan ayam goreng. Dek nampak camera sanggup dia tinggal ayam goreng tu dan POSING!!!.


Nescafe utk berbuka. 1 for me and 1 for my husband. Time puasa ni air mcm ni pun nampak sedap kan.


Ikan asam pedas, telur asin dan ayam goreng.


Close up....utk ayam goreng tu nanti aku bagi resepi. Simple jee...tp kena perap 1 mlm. Asam pedas tu tak payah le bagi resepi.


Sementara tunggu dinner. Soh syarafi buat sifir dulu. Aku ajar cara sifir yg paling simple. Dpt le dia buat sampai sifir 12. Camne dia buat? haaa...meh kita tgk.




Ini dia cara sifir yg aku ajar syarafi. So simple dan mmg senang. Dari dok hafal cara lama yg panjang berjela dan stresskan budak. Korang abaikan tulisan dia yg "cun" tu. Mmg aku akui tulisan syarafi sikit burukss le. Belum lagi korang tgk tulisan shahirah..doktor pun pening hahahahahahaha.

Monday, June 29, 2009

Puasa Ganti

Hari ni aku puasa ganti. Ada lagi 2 hari nak abiskan. So wake up at 5.00am, makan sahur and prepare breakfast utk anak2 aku pegi sekolah dan bekal. Ini breakfast for today, kuew tiau goreng!



Ini bekal, bekas kuning for along and the big one for syarafi's and his gang!. Anak2 aku ni mmg suka bawak bekal utk kawan2 sekali. Aku ni le yg TOLONG masakkan. Syarafi kata (kawan2 dia ckp le) mak derang tak pernah bangun pagi utk masakkan. Tepuk dahi akuuuu!! Haiya mama2, mummy2, ibu2 sekalian. Bangun pagi utk sediakan breakfast utk anak2. Air tangan tu penting.... Buatlah air segelas utk anak2 sarapan sebelum ke sekolah pun dah cukup!



Ini utk sarapan. Jemput jamu mata...hehehehehe



Ini almari buku sharir and syarafi. Penat lah mulut aku ni berckp soh kemas, so korang tgk le sendiri!. So ptg ni tunggu abah derang plak tgk...pandai2 le derang jwp. Aku paling tak suka tgk buku sekolah bersepah2 mcm ni. Sbb nanti end up " ummi buku along hilang", " ummi buku adik appy, zahiroh koyak/conteng". Time tu mmg aku jadik HULK dah!!! semua hijauuuuuuuu


Katil sharir and syarafi waktu pagi, pun penat juga mulut aku soh kemas!! aku paling tak suka hanger merata2 mcm tu!. Kalo korang nak tahu , katil syarafi patah! perasan tak badan katil tu ke dalam!. Aku malas dah nak repair sbb derang bantai bergelak ketawa sambil baling2 bantal, sudahnya PATAH!!. so tido je lah atas katil yg patah. Aku just turunkan badan katil tu ke lantai...jimat duit dari beli katil baru.


Shahirah still demam. Arghhh lambatnya Jumaat. Aku dah tak sanggup nak tgk shahirah lemah mcm ni!!! dia betul2 lemah! bayangkan nak berjalan pun dia mcm tak larat sgt! Sian angah!


Budak kat bawah ni mcm biasa lah. Asal aku pegang camera je dia dah siap posing wpun botol susu di mulut....hik hik hik. Sebenarnya dia baru lepas nangis, after jatuh tersembam di depan bilik sharir. Itu lah aku ckp dia taknak dengoo..sibuk dgn bakul toys dia, seret ke hulu..ke hilir..last2 jatuh. Nak gelak ...kesiann!! sbb dia dah menangis ke main kuat. Alaa budak ni tahu le time mcm ni time dia tidur. So aku buatkan susu sebotol, terus masuk bilik abg appy dia.


Aku baru lepas masak utk bukak puasa. Laki aku pun sama puasa. Menu hari ni sambal sotong, ikan goreng garing dgn sayur sawi + fishball. Simple2 cukup le. Alhamdulillah ada rezeki yg Allah bagi utk makanan hari ni kan. Aku mmg tak ajar anak2 aku makan mewah. Sbb aku makan utk hidup bukan hidup utk makan!

Chow...salammmm....

Saturday, June 27, 2009

Lagi hari penat

Semlm (sabtu), aku kerja pagi. Apa nak buat, sabtu pun kerja. Aku ni COOlie! Balik dari kerja rushing ke sek utk amik sharir balik from camping. Sempat le aku tgk upacara penyampaian hadiah semua. TQVM utk semua warga cikgu SK cyberjaya yg berpenat lelah, bertungkus lumus nak menjayakan camping ni. Udah berkusam aku tgk muka cikgu2 semua. kepenatan agaknya. Besar jasa derang ni kan, hari sabtu pun kena dtg sekolah. Terima Kasih cikgu2 sekalian! Sharir pun sama, berkusam kelat dah aku tgk wpun baru 1 mlm aku tak tgk muka dia. Nampak happy wpun penat.

Balik2 je terus aku masak spaghetti goreng. Kelaparan anak aku balik dari camping..hahahaha. baru tahu je, selama ni dok kat umah kerja dia makan , makan, makan ,makan dan makan! Sempat aku tapaukan sikit utk nor. After asar, aku berkejar ke carrefour USJ19, hantar brg customer utk birthday party anak dia. Alamak, tertinggal bubble yg dia nak pulak. ampun kak, terkejar2 punya pasal sudahnya tertinggal brg. Sorry sgt2! Then delivery brg si map. Dia order teddy comel kat bawah ni 100pcs utk majlis cukur jambul anak dia. Comel kan..



Lepas tu singgah umah nor pulak. Lepas borak2, makan2, gelak2, ngumpat2 ( MIL dgn SIL dia pun ada sekali tu..hahahahaha), aku balik sbb shahirah called dia nak makan tomyam. Sian kan..dia demam lagi lee..



Time aku nak amik gambo sauna ku yg tak reti nak lipat sibuk tul si kecik ni. Last2 aku kejo dia dgn camera ni...ini hasilnya..hahahaa. malu ahh siap tutup mulut tu!



Ini lah sauna ku yg dah bukak dan mmg tak reti nak lipat balik. Oh lydia..tolonglah kak wan. Dah jenuh ku baca dan ku khatam ayat2 cinta utk melipat balik mende alah ni. Tak jadik le. Takut lak nak kepak suka2 hati...kang patah...aku yg patah hati!. mahal oo beli ni....(bagi aku yg kayaP ni mahal le...ahakss) . Any idea?


Ini kuih kegemaran anak2. Yg tak tahannya kuih ni hanya ada kat TRG!. Namanya? haaaaaa KAYU KERAMAT! mmg keramat sbb rasanya mmg sedap. tak caya tanya cik lin kita..ahakss




zahiroh tgh makan kayu keramat dia. Makan satu tak cukup, dia tambah lagi. Sudahnya habis le stock kayu keramat di umah aku. Anak2 sekalian, nak makan kayu keramat lagi kita kena tunggu nenek dgn atok dtg KL ataupun kita le yg balik Trg.

Mlm nye pulak aku ke bazaar rakyat. Hajat hati nak beli cadar kartun utk anak2 aku sekali dia offer mahal le. Baik aku beli kat WMC jek!

Friday, June 26, 2009

1st day blogging

Scrapbook at WiddlyTinks.com


salam,

1st day blogging. Wahh aku ni xcited nak bukak blog after hari2 aku dok baca blog rima rashidi. alaa penyanyi dolo2 tu. Then after selalu baca blog aida(member aku keja kat mmu) dgn si budak linariff tu. Berkobar2 ni nak buat blog jugak..hahahahahahaha

apa nak cite hari ni? haa pasal semlm! semlm mmg le bz day utk aku. Sebenarnya aku EL sbb shahirah demam. Mlm tu pegi klinik Guna dekat umah aku ni. Sungguh aku ckp b4 this aku mmg pandang sengkek je klinik tu wpun dekat sgt dari umah aku. Dok pandang klinik lagi satu tu nama pompuan, melayu lak tu, islam. So aku dok le ulang alik dari klinik tu.

Di jadikan cerita medical card aku yg baru ni takde nama klinik yg biasa tu, so terpaksa pegi mana2 klinik yg ada je. Baru aku tahu Klinik Guna ni doctor dia bagus, explaination pergh!! superb!!, ubat ori..bukan ubat tuang2 dari big bottle ke small bottle!. Ok back to Klinik Guna. Doktor check2 shahirah, tup2 doc tanya aku.." dia ni pernah ada sakit apa tak?" aku ckp takde..check punya check sekali doc cite " yr doter ni mcm ada a little bit heart problem bla bla bla" udahh aku ni cuakk!! nak nangis pun ada nak melalak pun ada. Tp control macho, dlm bilik doctor. Apa jadah aku nak melalak!!

Semlm aku pegi bawak shahirah ke Dr Lim Wei Ling at Sunway Medical. Aku suka doctor ni, very humble..and tecit comel!..hehehehee. After check bla bla bla, dia refer shahirah ke Dr Rosalie Yip, Peadiatric Cardiology. Appointment at 3rd July 2009. mmmmmm sian angah kan. patutlah selama ni aku tgk dia selalu pucat, takde selera makan, cepat letih. Dia mesti tido paling awal. Aku nak explain pasal penyakit shahirah ni pun aku tak reti. Tunggu le aku jumpa Dr Rosalie tu nanti aku tanya byk2. Menakutkan aku je...serammm pun ada...

Sharir pulak hari ni kena pegi camping. Registeration at 2.30 pm. Di sebabkan aku ni tak sempat hantar dia , terpaksa lah aku call kuzi. mintak tolong!! sib baik x neber aku tu ok..boleh kawtim.

Dlm kul 3.30pm aku dah sampai umah. Tak le lama sgt nak tunggu Q kat spital tadi. Ok le!

Mlm pulak aku bantai bergayut dgn si norjohis tu. Mmg le hp dia dgn line dia problem. Kejap2 putus...kejap putus. Kredit byk lagi ni....ahaksss. Aku tak boleh tak dengar suara dia sehari. Mandi tak kenyang, makan tak basah kekdahnya. Adakah aku ni kena guna2 dek si nor? hahahaha.

Laki aku pulak takde. Notebook dia bawak keluar, kereta pun sama udah aku tak tahu nak buat apa. Mati kutu2 atas kepala!. Last2 aku bukak sauna aku yg dok berperam lebih sebulan. Beli dari Lydia delia. After complete pasang semua...test le masuk. Best siot! Badan segar bugar. tp satu je masalah, after bukak tu aku tak pandai nak lipat balik! uwaaaa lydiaa tolong kak wan! camne nak lipat dia mcm mula2 keluar kotak. Nanti aku amik gambar tunjuk sauna ku yg terbongkang dlm kotak (after try lipat wpun tak berjaya sepenuhnya).

alamak..hari ni blog takde gambar le sbb belum start bergambar2. nanti lah soon akan menyusul gambar2 nakal semestinya dari anak2 gue..akekekekeke...

stay tune!! ( ntah sapa nak baca blog merapu aku ni..hahahahaha)