Thursday, July 23, 2009

Kepenatan...

Hari ni bibik cuti. So mcm biasa kerja2 semua kena lah buat sendiri. Laundry, sapu umah, mop umah..segala2 lah. Mmg penat..arghhhhhhh!! at the same time kena pulak pegi pos brg customer. Zahiroh mcm biasa kalo aku ni ada kat umah, ya ampun..manja berlebih2.

Pagi tadi bangun awal sbb nak siapkan spaghetti goreng utk anak2 pegi sekolah. Maklum le spaghetti tu nak rebus leh tahan gak le mana. Buat 1 packet = 500gm. Utk sarapan dan bekal. Semua kata nak lebih sbb nanti kawan2 makan sama. Lepas anak2 pegi sek ingatkan nak terus tido tp teringat stock yg baru amik semlm belum lagi snap gambo. Sementera zahiroh tido elok aku siapkan cepat2. Nanti aku nak snap gambo brg dia dok tersengih, terlentok soh amik gambo dia dulu pulak. Meh tgk stock baru ni...cun2 kan.




Tgk2 jam dah kul 8am. Terpaksa lah jugak tido sbb mata sudah berat...nak di tongkat pun dah tak mampu. Tersedar jam 10am (plus minus)...fuhhh bingkas bangun, basuh baju, mandikan zahiroh, bagi dia makan. Mmmm aku ni mcm tak mampu nak jadik fulltime housewife mcm kelam kabut je...hahahahaha.

Siap semua terus keluar pegi pos brg kat jusco sambil intai2 apa yg patut. Balik rumah terus masak. Kang sat lagi anak2 balik sek, tak sempat masak. Menu utk lunch tadi - ayam goreng tepung, sup sawi, daging masak kicap, sambal ikan bilis. Dah lebih dari cukupppppppppppp!!!
Sekali time nak masak nasik tgk beras...alamakkk ngam2 utk lunch dgn dinner je. Nape seblm pegi jusco tadi tak tgk dlm bekas beras tu??? boleh turn back? hehehehee. Aku biasa pakai beras PEARL. ok le..harga pun tak mahal. Yg penting anak2 suka.

Lps anak2 pegi sekolah agama. Ingatkan nak tido. Tak jugak boleh tido. Last2 layan facebook. Dok tgk farmville. burn buddy...mcm2 lah.

Lupa nak update, semalam IJN called pasal operation shahirah. Insyallah date will be confirm later. Yg pasti operation dlm bulan nov or dec this year. Alhamdulillah...syukur sgt2. Kalo boleh nak cpt lagi tp dr pakar bedah ckp better buat time cuti sek sbb shahirah kena buat open heart surgery. Mmg akan lambat sikit utk recover sbb tu dia pilih time cuti sek. Apa2 lah dr..TQVM. Ini pun dah cukup membantu. Lin soh aku tgk kat youtube pasal open heart surgery. Ampunn!! mak takut lee nokss. Baik tak payah tgk. Kang tak lalu pulak aku...hehehehehehe.

Ptg tadi pulak boss aku call soh buat PMR. Ale bosss org tgh cuti ni. Dia ckp hantar by today gak!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! kata 1st aug!! napa nak hari ni pulak. Udah mcm pelesit aku ni siapkan PMR. Esok kena pulak pegi opis wpun cuti sbb semata2 nak sign mende alah tu je!..huhuhuhuhuhu... ok leee...saya dtg esok boss.

Monday, July 13, 2009

IJN - need moral support

salam,

semlm ada app dgn IJN. Muka Shahirah dah mcm cuak2. "ummi..angah takut lee..nak operation". le....bukan pegi operation le. Pegi check aje yang!! pun dia buat muka tak suka nak pegi. So aku terpaksa wat bodo je laaa..kang lain pulak citenya. Sebelum tu pegi pos brg customer dulu kat Mubarak Store. Dlm time2 mcm gini tak dan aku nak pegi Pej Pos Jusco Tmn Equine. So redah je lah mana yg cepat. After pos barang bekpes + lunch kat Tmn Equine. Warung tepi jalan je...as long as tempat tu bersih, murah dan sedap!

Alhamdulillah jalan tak jem. Masuk parking kat depan tu, tup2 ada parking. Alhamdulillah. mmg dipermudahkan Allah. syukur sgt!. Klinik pead kat depan parking tu je. Then pegi buat registeration...lama jugak yek. Udah muka Shahirah tak payah ckp le..asyik dok ulang word " TAKUT! TAKUT! TAKUT!". aku malas le nak layan...kang di buat dia melalak kat situ...haruuu!!

semlm kena buat 3 test. echo, ECG, x-ray. Time nak x-ray, dia udah dia buat muka mcm nak nangis. " ummi..angahh takuttt!". Jenuh aku ckp " x-ray takde apa. dia cuma nak tgk dlm badan angah ada apa. kot2 le angah makan ice cream kat sek, ummi tak tahu...so skrg ni ummi tahu lah angah tipu ummi"..dia gelak tp still lagi ada muka2 nak menangis. So aku tinggalkan dia dlm bilik X-ray. aku pun bukan buleh masuk dlm tu. Tup2 dia keluar dgn muka tersengih...laki aku tanya " sakit ke angah?"...udahh tersengihh je.." tak sakit pun!"...haaa kan ummi dah ckp. Lepas tu kena pegi echo pulak. Sampai kat depan bilik echo tu kul 1.30pm. Aku masuk bilik tu kosong je!. tanya nurse yg lalu..dia kata aku kena tunggu kul 2.00pm. Lagik setengah jam!!!!! dek boring menunggu, aku pegi kedai buku kat IJN tu. belek2 apa buku utk di beli dan baca (NO FREE READING ok....kesian yg org yg jual buku tu). Sementara menunggu kul 2pm aku baca buku RASA for ramadhan (konon2 nak tgk resepi for ramadhan le) and Shahirah pulak baca buku ASUH.

aku ni lemau betul bab2 nak menunggu lama2. Tp kena sabar jugak le...apa nak buat! TERPAKSA!. dlm kul 2.05pm gitu staff utk buat echo tu dtg..lagik sekali shahirah buat muka mcm nak nangis. Aku ckp pegi lah masuk. ummi tak boleh masuk...dia mcm lambat2 je nak masuk bilik echo. Udah staff tu menunggu....aku ckp " cepat angah...". Dia pun masuk jugak le.

Tak sampai brp minit dah keluar dgn muka tersengih " tak sakit pun!" haaaaa kan tadi ummi dah ckp tak sakit. Sebenarnya aku pun tak tahu echo tu buat apa..hahahahahaa

Lepas tu tunggu dr pulak. Ini lagik le lamaa...arghhhhhhh!!! shahirah udah buat muka mcm tapai basi. dia boleh ckp kuat2 " lambat nyaa!! kita nak tunggu sampai bila ni?". Aku ckp sabar le. hospital mmg le mcm ni. Dia diam sekejap time tgk cite Indon Upik Abu dan Laura.

Tup2 dr panggil. Terus masuk bilik jumpa Dr Norliza. Dia scan....( awat aku rasa scanner kat Sunway hari tu lagik canggih dari IJN???). Then dia print 4 pics jantung..ntah apa..mmg sepatah haram aku tak paham.

Lubang yg IJN dpt detect 20.3mm. Besar sikit le dari sunway kabo hari tu. Dan samalah mcm dr rosalie ckp jantung bengkak. apa2 lah tetap berlubang! Paling aku sentap bila dr ckp anak aku tak boleh nak buat chatheter closure sbb lubang tu besar dan mmg kena buat NORMAL SURGERY!!! uwaaaaaa sian Shahirah!!. sakit tu bebb!!

after semua tu this week tahu le bila date boleh buat operation. Aku ckp kat dr yg aku tak kisah bila nak operate. aku takmo tunggu cuti sek ke, raya ke, bulan puasa ke...semua aku tak kisah dan aku redah! yg penting anak aku sihat!. Sbb staff IJN kata ada yg nak time cuti sek, bulan puasa dgn bulan raya takmo...aku ckp aku ni simple je. As long as boleh operate bila mmg aku tak kisah. Jgn le dok berkira sgt pasal masa tu, yg penting anak sihat. Sudah le....manusia ada mcm2 ragam kan. Time raya lagik penting dari nyawa anak?? - no komen!

Hopefully secepat yg mungkin sbb IJN pun ada schedule yg perlu derang ikut. TQ utk semua, skrg ni aku perlukan MORAL SUPPORT. sadis bila dengar normal surgery...mcm udah terbayang betapa sakitnya Shahirah after operation..uwaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, July 10, 2009

TQ for your support

salam to all readers,
first of all, TQVM for your support. Bagi moral support, donate duit...mcm2 lah. Alhamdullillah mmg dipermudahkan Allah SWT. Shahirah will be referred to IJN next week dgn pertolongan seorg hamba Allah yg berhati mulia. TQ dear..hanya kak wan and family yg tahu siapa both of you. Mmg tak mampu kami nak balas jasa u berdua. TQVM!!

back to Dana Shahirah. juga lagi sekali TQVM utk semua. tempek kat blog, bagi donation etc. Kami hanya mampu mengalirkan air mata melihat acc yippie Shahirah bertambah dari sehari ke sehari. Pemurahnya rakyat Malaysia ni kan. Dan berharap kita bantu juga insan2 lain yg perlukan dana seperti ini. Kita tak mampu nak bagi byk, bagilah sikit. Just read di hmetro semlm abt 1 baby yg perlukan duit dlm RM45K.

SEBERANG JAYA: Keluarga kepada seorang bayi lelaki berusia 22 hari mengharapkan bantuan orang ramai menjelaskan bayaran kos pembedahan memperbetulkan saluran jantung terbalik dideritai bayi itu, yang dianggarkan mencecah RM45,000.

Bayi malang itu, Mohd Akram Fahim yang dilahirkan pada 17 Jun lalu di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, dikesan menghidap penyakit berkenaan dua hari selepas kelahirannya dan memerlukan pembedahan segera.

Ibunya, Zuraidah Ismail, 30, berkata keluarganya diberi dua pilihan oleh doktor sama ada meneruskan rawatan anak mereka di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur atau Pusat Perubatan Gleneagles (GMC) Pulau Pinang.

Katanya, berikutan keadaan anaknya yang memerlukan rawatan segera, mereka sekeluarga memilih GMC yang sudah melakukan pembedahan ke atas anaknya pada 1 Julai lalu, walaupun mereka masih belum menyediakan kos pembedahan berkenaan.

“Pendapatan suami saya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM1,300 sebulan hanya cukup untuk perbelanjaan harian kami sekeluarga terutama kami perlu menanggung empat lagi anak berusia dua hingga 10 tahun.

“Sehingga kini, kami masih belum mempunyai sebarang dana untuk membiayai kos pembedahan yang belum dibayar itu.

“Meskipun anak saya sudah selamat menjalani pembedahan, dia masih perlu mendapatkan rawatan susulan di GMC pada 10 Julai dan Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 17 Julai ini,” katanya yang ditemui selepas menerima lawatan Eksekutif Operasi, Sekretariat Pengaduan dan Kebajikan Rakyat (Sepakat), Azlina Mehtab Mohd Ishaq di rumahnya di Taman Sembilang, Seberang Jaya, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Biro Kebajikan Umno bahagian Permatang Pauh, Siti Zakiah Salleh.

kesian kan. Saya amat memahami hati ibunya sbb apa yg dia rasa sama dgn apa yg saya rasa skrg.

so how's shahirah today? Dia mcm biasa. Makan ikut mood. Kalo tidak ada selera mmg dia tak akan makan langsung! saya pun pelik mcmana perut dia boleh bertahan. Skrg dia amat takut pada operation. Sudah saya terangkan bahawa operation tu penting utk dia kembali sihat. Tp dia mmg amat takut. Sempat dia berYM dgn buddy YM saya lin(creator of dana shahirah) dia beritahu yg dia takut!. so camne nak buat lagi? apa2 pun kena try explain slowly kat dia yg dia perlu buat operation dgn jgn takut. Sbb next week dah kena ke IJN. tgk mcm2 patient kat sana sure dia akan lagik gerun. Still cuba utk tenang kan dia..tak buat dia rasa moody supaya proses di IJN smooth aje. Ingat nak bawak dia keluar...jalan2 amik angin!

Selalu pesan kat Shahirah, after solat jgn lupa berdoa supaya angah kembali pulih. Baca Quran utk tenangkan hati. Insyallah ummi hari2 doakan angah. setiap saat, setiap detik..angah kembali sihat dan ceria. Brp cost yg IJN bakal beritahu ummi akan carik utk angah. Sbb cost RM25K tu cuma anggaran dari Sunway Med.

Asyik dgn Shahirah je..so yg lain2 dah rasa mcm terpinggir. Sian pulak! sharir dgn syarafi pun dah bersuara "asyik2 angah..angahhh je...". Aku dah explain.." angah sakit le. Along dgn adik appy kena lah faham". Tp budak2, kita explain camne pun susah utk derang faham situasi kita kan.

Sedikit luahan hati utk readers esp yg suka dok menjual produk ni. Last few days mmg ramai caller/sms utk jual product masing2. Saya mintak jasa baik penjual2 yg baik hati ini utk memahami keadaan saya skrg. Bukan bermakna saya tak beli product anda saya tidak sayang anak saya. (Ada yg bagi statement mcm ni..so sad!!). Saya dlm keadaan stress, memikirkan kesihatan anak. Adalah lebih baik utk saudara saudari yg baik hati berdoa supaya anak saya kembali pulih dan sihat seperti anak2 anda. Bukan mendesak saya utk membeli produk2 anda. Dan bila saya tolak dgn baik ada antaranya sinis berbunyi " sayanglah anak puan tu!". come on!! apa yg anda rasa sekiranya anda berada di tempat saya dan suami? Dan adakah produk anda telah diakui berkesan utk pulih dari penyakit ini? Kenapa tak di sarankan pada doktor2 pakar di IJN utk berikan produk anda kpd semua pesakit di IJN supaya tidak ada yg menjalani operation yg perlukan duit berpuluh ribu RM? Kesian doktor pakar jantung kan, dia belajar punyalah lama dan sakit kepala utk dptkan title DOKTOR PAKAR, sekali penjual2 produk MLM ni dah lebih pakar dari doktor sendiri.

Dlm ramai2 caller yg menjual product saya dpt call dari sorang akak di Bayan Lepas. Saya beritahu saya tak mampu nak bayar skrg. Dia kata " tak apa wan, cubalah dulu bagi utk anak wan. Ini cuma supplement. Bayar tu no2! " dan dia mintak add saya, dan terus pos. Terima kasih akak. Kalo akak baca ni, terima kasih byk2 kak. Mmg saya bagi Shahirah makan vitamin yg akak bagi tu dan saya tahu vitamin yg akak pos kan tu harga mmg mahal. saya simpan Consignment Note.

Tuesday, July 7, 2009

Dana Shahirah - terharu dgn usaha kawan2




sebenarnya kan hari ini ntah brp kali aku nangis. terlalu terharu dgn usaha kawan2 aku utk dptkan dana utk shahirah. terkejut bila aku google tgk blog ntah sapa2 yg sememangnya aku tak kenal langsung. Terima kasih byk2 kpd kawan blogger sekalian. mmg tersentuh hati saya. so skrg ni nak cerita balik camne penyakit shahirah ni dpt detect.

Last week dia demam. Biasanya kalo demam mmg amik masa seminggu baru nak baik. So aku bawak le dia pegi Klinik Guna di Tmn Pinggiran Putra dekat umah aku ni. Dulu selalu ke Klinik Fadzliana di Tmn Equine. tp since klinik lama tu bukan panel lagi so aku terpaksa lah pegi ke klinik baru ni.

Dr pun check apa yg patut..soalan pertama dia tanya aku " anak u lahir kat mana?". of course le dgn confident aku jwp " malaysia le dr. kenapa?". sekali dr gelak..cesss...betul lah aku ckp. dah dia tanya aku lahir kat mana. Pastu dia tanya balik " which hospital". laaa ckp le hospital mana dari tadi kan ke senang. So aku jwp " UH". Dia pun start cite. he heard some murmur kat jantung anak aku. dia ckp dia pun tak tahu kenapa but dia refer mende tu ke pead. So aku ckp ok le, aku pegi sunway sbb aku dah biasa kat sana.

So aku pegi jumpa Dr Lim , pead sunway. Dia pun ckp mende yg sama. so dia kata dia refer ke pead cardiac, Dr Rosalie Yip. App pada 03/07/2009 sbb dia cuti dan app dia penuh. Kalo boleh aku nak cepat lagi sbb shahirah dah weak sgt. Krn tak sanggup tgk dia mcm tu, aku bagi dia minum ECPI. member aku zaidah yg suggest kan. Nak kata 100% bertenaga tu takde lah, tp at least mmg ada perubahan pada shahirah. Selera makan pun naik sikit, boleh le bangun. Kalo tak asyik baring je la.

Jumpa Dr Rosalie...dia check semua. And dia ckp ok le kita buat test. Turun ke Special Diagnostics Dept kat bawah. Punyalah lama tunggu..aku dah menggeletar sejukkkk!!!. Then Dr panggil kitaorg masuk bilik scanner. Scan jantung shahirah. Lama tau..aku dgn laki aku sepatah haram tak paham apa dia buat. Lama..baru dia ckp " ok..confirmed! shahirah ada jantung berlubang" uwaaaaa mcm nak pitam aku rasa beb. ANAK AKU ADA JANTUNG BERLUBANG??? mimpi ke ni? Dr tgk aku dgn laki aku mcm blur..so dia ckp " ok..jom kita naik atas. kita discuss at my room". Aku tak tahu le nak nangis ke nak apa ke. mmg blurr..huhuhuhu

Dan lagi sekali aku nak pitam bila dr ckp " cost dlm rm25K"!!!!!!. Aku terpk pasal EPF. Tp kan yg aku regret sgt tu aku baru keluarkan EPF utk bayar duit rumah last 2 years. laki aku lak last year. arghhhhhhhhhhhhhh!!! takpe lah balik nanti aku check online brp balance yg ada. Brp2 pun yg ada aku redha. So kena lah carik fund lain.

Dr cadangkan aku utk refer ke HKL dulu then mintak HKL refer ke IJN. at least boleh kurangkan cost. Tup2 Dr call aku ckp HKL dah penuh. So skrg dia try dptkan app at Hosp Serdang pulak. Masih menunggu kata putus dari Hosp Serdang. Lamanya nak tunggu....wpun baru semlm Dr beritahu pada aku

Selama ni selama 10 thn anak aku hidup takde sorang doctor pun boleh detect penyakit ni. So aku mmg tak reti nak komen sbb aku bukan doctor.

Then aku cerita kat member aku nor, lin dgn ayu. Itu lah member aku 3 org. Tup2 aku tgk kat dah wujud DANA SHAHIRAH. fuhhhh!!! tak terkata aku sebenarnya dan tak sangka. Sungguh!!! menangis aku dgn usaha kawan2 aku ni. Bila aku google. udah merata DANA SHAHIRAH. dan juga terima kasih aku tak terhingga kpd yg bagi duit. Saya tak kenal anda, anda pun tak kenal saya. Tp kata org atas dasar keprihatinan dan keikhlasan anda, hanya Yang Maha Kuasa dpt membalasnya. Sikit atau byk bukan ukuran sebenarnya. Terasa mcm terhutang budi dan nyawa kpd yg derma duit.

Mungkin bagi org yg kaya RM25K mcm takde apa2. Tp bagi aku yg kayaP ni, RM25K tu bykkkkk!!!

TQ juga pada yg bagi cadangan utk mintak dgn pusat zakat, tabung kebajikan IJN, mcm2 lah. Insyallah akan aku redah demi anak aku!!!

Monday, July 6, 2009

Shahirah lagi



Hari ni aku tertunggu2 call dari Sunway Med. Dr Rosalie janji nak call hari ni sbb dia nak buat app dgn pakar jantung di HKL. Penantian itu mmg satu penyiksaan!!. Dlm kul 1pm tadi dia call...dia ckp HKL dah fully booked!. mak aiii....so dia bagi alternatif utk refer ke Hosp Serdang since member dia ada kat sana (Dr Zurina). So dia akan buat kan app utk pegi ke Serdang. ( TQVM Dr...). So dr Serdang akan ke IJN.

Dan paling aku terharu member2 di A1A yg membantu kaw2 utk dptkan dana for shahirah. mmg terharu sungguh beb! ptg tadi aku check acc aku...tup2 dah ada RM750!! TQ pada semua yg sudi derma. Setiap sen yg anda bagi tu mmg berharga utk nyawa anak aku...huhuhuhuhu
Lin merata2 dia tempek "TABUNG DANA SHAHIRAH"..adussss....mmg terharu sungguh le beb. kak umi, ctredzuan, lydia...menitik air mata ni dgn usaha korang. mmg sgt2 terharu.

Shahirah tak pegi sekolah lagi pagi ni. Katanya tak larat. So aku sms kat cikgu kelas bagitahu. Hopefully esok dia dpt le ke sek kan. Ptg ni dia kata nak pegi sek agama. Takpelah...pegi je. So aku hantar anak2 pegi sekolah.

Ptg tadi pegi maybank Tmn Equine, nak bukak acc khas utk shahirah. Sapa2 nak bagi duit just transfer straight away ke acc dia. lebih senang utk manage!. mcm skrg ni aku kena note 1-1 . Dah sampai kat maybank, udah kata officer utk hari ni dah penuh. Dtg je esok pagi...sib baik le maybank dekat..kalo tak...jadik HULK lagi aku! Kadang2 aku tgk staff maybank ni berlagak yek! ckp dgn customer pun lebih kurang je. Aku ni dgn kelek anak lagi...

Balik dari maybank, terus singgah jusco beli ayam. nak shopping pun mcm takde mood. nak beli itu nak beli ini pk..ehh tak penting le. takpelah lain kali beli...anak aku nak pakai duit utk operation lagik byk! mmm takpelah utk dia. Skrg ni apa nak beli pun kena sabar dan tahan napsu!

Hari ni besday aku. Tp takde maknanya kalo anak tak sihat. Berlambak wish kat HP dgn FB. aku reply seadanya je sbb pk kan shahirah...uwaaaaa!! sedihkan. tak sangka sungguh. Allah sedang uji aku ni. Sabar ye Wan Samihah!. Sabar itu byk rahmatnya...chewahh berfalsampah lak aku ni kan. (nak tenangkan hati sendiri)

Friday, July 3, 2009

Tag dari Lin..haaa amik kooo..penat mak jwp ni tau


1.If you could spend one ringgit, what would you spend on?
Nasik Lemak!! ok le tu..kenyang beb! makan cendol supe lin tu ape kenyang nya..hahahaha


2.What is your most favourite thing to do?
Of course le MEMASAK. I LOVE COOKING!!

3.What kind of news do you read?
Aku semua online je kekdahnya. Semua news aku baca..

4.What would you give up in return to eat all you want in the world and not get fat?
Masalahnya aku yg aku suka semua nye berlabel kan FAT! lantok le..janji aku telan!

5.Is there someone in your heart right now?
semua yg aku syg le. kena ckp ke? hehehehee


6.Do you believe you can survive without money?
NO WAY! nak masuk toilet pun kena bayar tau!


7.What makes you turn twice to someone?
mestilah org nya comel, cute, cun, hensem dan aku sure tgk KERETANYA ..hahahaha

8.What do you feel like doing right now?
mmmm..tgh jawap TAG dak lin ni...


9.If there's someone that you love, would you confess to him/her?
alamakk..kena jwp ke ni? syukur dgn apa yg ada..but...(fill in the blank..ahaks)


10.List out three good points of the person who tagged you?
of course le friendly, happy go lucky, KAYA


11.What are the requirements that you wish from your other half?
I'm who am i - terima lah aku se adanya..huhuhuhuhu


12.What is the thing that will make you think he/she is bad?
nama pun manusia...semua ada salah


13.Are you left-handed or rigt-handed?
right handed


14.If you had to eat one thing for the rest of your life, what would it be?
italian food! aku suka sgt Italian Food.


15.If you had a choice to be rich or happy, which one would you pick?
Happy le beb. Tp duit tu penting tu..mmm konpius mak. Pick 2-2 tak boleh ke?


16.If you have a chance, which part of your character you would like to change?
Poket...boleh alter ke? hahahaahaha


17.Who is the person that you can share all the problem with?
my lovely husband, nor, ayu, lin


18.Cats or dog?
cat leee!!!


19.What is the one thing you love about youself?
pegi baca kat FB aku..


20.If you have a million ringgit, what would you do?
aku suka soalan ni..hahahahaha. Kalo skrg ni aku nak hantar shahirah operate kat IJN! aku nak secepat yg mungkin!
mcm2 aku nak buat...tp apa2 pun bagi duit tu jadik double or tripple dulu le. Pastu joli sakannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

* Penat mak jwp

Shahirah, artery septal defect and Sunway Med

salam,
baru sempat nak update blog hari ni. Semlm aku dlm ke blur an dan pening dan pening dan pening. So hari ni baru ok sikit. Better than semlm.

Pagi aku bawak shahirah ke Sunway Medical. Today app dgn Dr Rosalie Yip, Pead Cardiac. Buat test....scan jantung shahirah. dr said " Confirm anak u kena jantung berlubang bla bla bla.." Rasa nak pitam aku kejap..huhuhuhuhuhuhu!
so dr terangkan masalah jantung shahirah. ini dinamakan ASD (artery septal defect) dan ini adalah conginetal. Aku call HR, konpem not covered by AIA insurance. mcm gampang AIA nye medical card ni tau. Paling aku menyampah a day before aku ada mintak GL utk this app. Boleh dia reject sbb katanya perlukan surat dari panel clinic. Aku ckp ini adalah refer by specialist to another specialist. Pun dia kata " NO! WE NEED REFERRAL LETTER FROM PANEL CLINIC". nak je aku sumpah jadik sesumpah sapa yg buat policy mcm bangang ni!. Last2 aku turun jumpa ayu dgn era kat level 7. Explain kat dia semua. Then era tolong buat apa yg patut. Dlm 7.50pm aku dpt GL. TQ Era and Ayu. Pening dgn procedure bangsat AIA ni tau!!

Ok back to penyakit shahirah. Dr tunjuk kat scanner, mana lubang tu. Di belah kiri jantung dan terang serta jelas jantung belah kiri shahirah dah bengkak due to hole tu. So masa pam darah, darah sepatutnya masuk ke badan dan paru2 seimbang. Sbb hole tu, dia beri tekanan lebih pada paru2 utk terima darah. Bahasa senang nya paru2 dia overloaded! Pening aku nak paham medical term ni. Tp cuba jugak sbb aku kena facing masalah shahirah ni. Last sekali discuss abt costing. Dr ckp costing dlm RM25K minimum!!!! dan not covered by company. Means that SELF PAY lorrrrrrr..lagik sekali rasa mcm nak pitam! So dr ckp dia boleh tolong refer ke HKL. then HKL akan refer ke IJN. Kalo walk in dlm 6 months min utk buat app...huhuhuhuhu. so dia kata dia boleh tolong. Ok le..buat lah apa yg patut dr. Sbb kalo sunway refer direct ke IJN confirm tak dpt disc 1 sen pun. Blur lagi pala aku ni..

after discuss dgn laki aku..better buat keluar duit EPF le. Brp yg ada tu semua buat keluar utk operate shahirah. Janji dia OK. kena carik balance utk topup. Duit boleh carik, anak takde ganti dgn apa2 pun. Wpun duit membukit depan mata.

Abg Rin pun dah kata utk sanggup bagi duit dia dulu kalo EPF lambat. Alhamdulillah! so dah proceed tadi dgn Dr Rosalie utk prepare EPF letter for both, azim and i. Letter to HKL (jump Q, thanx a lot Dr Rosalie). Hari Selasa pegi pickup all those things.

ntah le...blur lagi ni...