Friday, April 1, 2011

Lamanya tak update

Assalamualaikum,

wahh lama betul tak update blog ni...huhuhuhuhu. Bz sgt le aku ni kan (kononnya).
aku ni hari2 dok kejo shahirah sbb this year dia kan amik UPSR. sapa kata dok umah ni rilex? penat wehh!! tp aku suka je sbb mmg dah lama pasang niat nak dok umah kan.

sharir skrg ni di sek men agama MAIWP. dok asrama kat taman melati. ok le tu along kan. Belajar hidup berdikari. tp berdikari sgt le anak teruna aku nih. tiap2 minggu p amik baju kotor. mewah gak le budak2 yg dok hostel skrg ni yek. ada washing machine, ada dryer. time aku dulu dok hostel semua sendiri weh!! dah le time nak membasuh tu booking punyalah lama. ye leee..amik no gitu! masa kat itm pun sama. suprise gak le aku tgk budak hostel skrg ni siap ada washing machine. huhuuhuhuu...

apa lagi nak merepek...dah dekat kul 1am ni..kena lah tido dulu. nanti sambung merepek.

Thursday, January 27, 2011

Happy New Year 2011

Assalamualaikum to all,

fuhh lamanya tak update blog. udah bersawang, berabuk, berpasir, berkelam dah blog ni. Kalo kira kan byk sungguh mende nak update tp apa kan daya...tak sempat! mak bz ngalahkan PM gitu!!

Aku skrg ni dah FULL TIME HOUSE WIFE!! boleh?? hehehehehe. since april 2010 aku ni bukan lagi warga kerja celcom. takpe lah..mana2 pun sama je kan. yg penting aku ni tetap aku yg dulu. Dulu beria aku ni taknak berenti. bla bla bla. boleh refer kat posting lama aku dulu. siap bagi sbb2 tu..chewahh!! skrg ni aku akur utk duduk rumah jaga anak2 dan manage bisnes aku sendiri. wpun kecil-kecilan tp cukuplah utk tolong husband aku.

So kerja baru aku skrg ni jadik mak supir!!! yuhuuu penatttt!!!! meh sini aku bagi jadual kerja baru aku

6.45 am- hantar anak2 pegi sek
8.20 am- hantar zahiroh pegi tadika
12.00pm - amik zahiroh
1.30pm - amik syarafi dan shahirah
1.50pm - amik sharir
2.50pm - hantar syarafi ke sek agama
6.00pm - amik syarafi

itu yg tetap.
yg ad hoc punya
Isnin : shahirah + sharir balik @4pm. sharir ada ICT class, shahirah ada tuition sek
Selasa : shahirah balik @4pm
Rabu : koko, sek rendah balik @4pm TAPI sek men balik @5.30pm!!!!! fuhhhh berapa kali aku nak tawaf cyberjaya ni dlm sehari ntah??

since dah lama aku ni tak ber blog...korang baca je lah posting meroyan aku ni..muahahhaa...

Tuesday, February 23, 2010

Sandwich Egg Mayonis




sebenarnya aku nak tumpang tempek gambo je..hheheehee
kalo u all nak order sekali pun buleh gakk..

Sunday, February 7, 2010

Sukan Tahunan Sk Cyberjaya 2010

Sabtu semlm aku pegi ke sukan tahunan sek anak2 iaitu SK Cyberjaya. Mcm biasa aku bukak booth. Jual air dan sandwich!

Haaa tgk ni. Dlm tong merah dan putih tu semua air yg telah direndam dgn ais!! dan juga dadih strawberry. This year tak sempat le nak buat dadih mcm2 flavour dek zahiroh kurang sihat. Dan yg berderet tu sandwich egg mayonis dgn sardine. Homemade lagi.
Yg paling laku ialah 100 Plus. sorry lah anak2 sekalian...tahun depan achik bawak byk2 yeee...


Shahirah dgn cikgu razak..smilee!! panas le ummi ...



Cikgu ade affendi - guru matematik kesayangan ramai...


Sharir with his medal...penat berlari dlm panas tauu


Sharir and syarafi selepas acara masing2. serbu booth ummi nak air FREE!!


haa ini me and shahirah


Shahirah and her frens


Shahirah and her frens


Shahirah and her frens


Shahirah tgh breakfast...


Penat setengah hari di Sk Cyberjaya. Balik umah terus terlentokkkk...penat..penat..penat..lapar..lapar..lapar...huhuhuhuhuhhu..

Overall mmg puas hati...

Saturday, January 9, 2010

Monday, January 4, 2010

1st day sek tahun 2010

Salam to all,

Selamat kembali ke sekolah semua anak2 ku...dah berbalik pada rutin yg normal. wake up early utk masak breakfast dan bekal. sharir and syarafi request for nasi goreng. aku pun buatlah nasik goreng simple. janji derang kenyang. sarapan pulak derang nak makan kayu keramat. mcm biasa imported from Trg!. Alhamdulillah hari ni takde jadik mak tarzan...syarafi dgn sharir senang je bangun pagi.

Standby nak pegi sekolah ni. Tgk muka ceria nak jumpa kawan2. Hari ni aku pegi hantar derang ke sek. Kebetulan hujan lebat!.


Ini lak shahirah OTW back dari sekolah. beria2 dia nak ikut, jumpa kawan2. so bawak lah dia sekali dgn si kecik tu. punyalah lasak zahiroh kat sekolah! pastu nangis nak ikut along dia masuk kelas...meronta2.


Balik sek lak terus hantar zahiroh pegi rumah bbsitter. Punyalah dia mengamuk...ya ampunnnnn!!! baru sebulan setgh tu aku cuti. Kesian anak ummi ni kan. Tp apa nak buat ummi kena pegi kerja. Nanti balik ummi amik adik ye...

Kat opis...arghhhhh!!!!! tensen dgn org yg tak paham2 bahasa nih. Dari thn 2009 sampai masuk tahun 2010 mende yg aku soh buat tak buat2 jugak. At the end aku balik yg kena marah dgn big boss. Tgk byk sgt status pending. Tukar status pun susah ke? pehtu req mcm2 ..mcm le company ni BAPAK ko yg punya!! aku nak jadik hulk le dtg opis hari ni. Hari tu aku dah tegur " nak req mcm2 elok le ko bukak company sendiri.l ko nak cuti 3-4-5 thn pun takde org marah. ko rasa ko malas ko tak yah bukak. rasa rajin..bukak!!". Nape yek ada manusia perangai cam gini??

Dtg kerja buat lah kerja apa yg kita perlu buat. tak perlu nak demand mcm2...mcm lah pangkat tu besar sgt! - baju aku dah mcm nak koyak ni..maklum le kan jadik hulk!!

Saturday, January 2, 2010

Give away contest

Salam to all,
actually aku baru je menang give away contest dari Delicious-Cuppies . tak sangka pulak. sebenarnya aku ternampak mimie(owner blog) tgh mencari visitor number 2888. so dia invite semua utk masuk blog dia. aku ni masuk utk jenguk blog dia je. tak sangka lak ternampak kat visitor number tu 2888.

then aku email detail kat mimie. perghhhh aku menang beb!! TQ mimie. tak sangka kan! semlm aku pegi amik kek free tu(hujan lebat ptg semlm!!). Dlm kereta pun Zahiroh dah sibuk nak makan kek, nak potong kek.
Dlm kul 9 lebih baru aku potong kek tu. b4 that posing dulu.....hehehehee. Laki aku mcm biasa le kalo bab amik gambo ni. segala peralatan dia bawak keluar. Dah jadik mcm studio kekdahnya!

Mmg enjoy kek semlm. Sedap korang!! sapa strawberry lovers mmg kena sgt makan kek nih. Moist!!! Laki aku yg tak suka kek tu pun leh makan 2 slice!!! mmg sedap...



Semua posingggg..






Zahiroh ni mmg sibuk..kek kek kek...