Friday, April 1, 2011

Lamanya tak update

Assalamualaikum,

wahh lama betul tak update blog ni...huhuhuhuhu. Bz sgt le aku ni kan (kononnya).
aku ni hari2 dok kejo shahirah sbb this year dia kan amik UPSR. sapa kata dok umah ni rilex? penat wehh!! tp aku suka je sbb mmg dah lama pasang niat nak dok umah kan.

sharir skrg ni di sek men agama MAIWP. dok asrama kat taman melati. ok le tu along kan. Belajar hidup berdikari. tp berdikari sgt le anak teruna aku nih. tiap2 minggu p amik baju kotor. mewah gak le budak2 yg dok hostel skrg ni yek. ada washing machine, ada dryer. time aku dulu dok hostel semua sendiri weh!! dah le time nak membasuh tu booking punyalah lama. ye leee..amik no gitu! masa kat itm pun sama. suprise gak le aku tgk budak hostel skrg ni siap ada washing machine. huhuuhuhuu...

apa lagi nak merepek...dah dekat kul 1am ni..kena lah tido dulu. nanti sambung merepek.

Thursday, January 27, 2011

Happy New Year 2011

Assalamualaikum to all,

fuhh lamanya tak update blog. udah bersawang, berabuk, berpasir, berkelam dah blog ni. Kalo kira kan byk sungguh mende nak update tp apa kan daya...tak sempat! mak bz ngalahkan PM gitu!!

Aku skrg ni dah FULL TIME HOUSE WIFE!! boleh?? hehehehehe. since april 2010 aku ni bukan lagi warga kerja celcom. takpe lah..mana2 pun sama je kan. yg penting aku ni tetap aku yg dulu. Dulu beria aku ni taknak berenti. bla bla bla. boleh refer kat posting lama aku dulu. siap bagi sbb2 tu..chewahh!! skrg ni aku akur utk duduk rumah jaga anak2 dan manage bisnes aku sendiri. wpun kecil-kecilan tp cukuplah utk tolong husband aku.

So kerja baru aku skrg ni jadik mak supir!!! yuhuuu penatttt!!!! meh sini aku bagi jadual kerja baru aku

6.45 am- hantar anak2 pegi sek
8.20 am- hantar zahiroh pegi tadika
12.00pm - amik zahiroh
1.30pm - amik syarafi dan shahirah
1.50pm - amik sharir
2.50pm - hantar syarafi ke sek agama
6.00pm - amik syarafi

itu yg tetap.
yg ad hoc punya
Isnin : shahirah + sharir balik @4pm. sharir ada ICT class, shahirah ada tuition sek
Selasa : shahirah balik @4pm
Rabu : koko, sek rendah balik @4pm TAPI sek men balik @5.30pm!!!!! fuhhhh berapa kali aku nak tawaf cyberjaya ni dlm sehari ntah??

since dah lama aku ni tak ber blog...korang baca je lah posting meroyan aku ni..muahahhaa...

Tuesday, February 23, 2010

Sandwich Egg Mayonis




sebenarnya aku nak tumpang tempek gambo je..hheheehee
kalo u all nak order sekali pun buleh gakk..

Sunday, February 7, 2010

Sukan Tahunan Sk Cyberjaya 2010

Sabtu semlm aku pegi ke sukan tahunan sek anak2 iaitu SK Cyberjaya. Mcm biasa aku bukak booth. Jual air dan sandwich!

Haaa tgk ni. Dlm tong merah dan putih tu semua air yg telah direndam dgn ais!! dan juga dadih strawberry. This year tak sempat le nak buat dadih mcm2 flavour dek zahiroh kurang sihat. Dan yg berderet tu sandwich egg mayonis dgn sardine. Homemade lagi.
Yg paling laku ialah 100 Plus. sorry lah anak2 sekalian...tahun depan achik bawak byk2 yeee...


Shahirah dgn cikgu razak..smilee!! panas le ummi ...



Cikgu ade affendi - guru matematik kesayangan ramai...


Sharir with his medal...penat berlari dlm panas tauu


Sharir and syarafi selepas acara masing2. serbu booth ummi nak air FREE!!


haa ini me and shahirah


Shahirah and her frens


Shahirah and her frens


Shahirah and her frens


Shahirah tgh breakfast...


Penat setengah hari di Sk Cyberjaya. Balik umah terus terlentokkkk...penat..penat..penat..lapar..lapar..lapar...huhuhuhuhuhhu..

Overall mmg puas hati...

Saturday, January 9, 2010

Monday, January 4, 2010

1st day sek tahun 2010

Salam to all,

Selamat kembali ke sekolah semua anak2 ku...dah berbalik pada rutin yg normal. wake up early utk masak breakfast dan bekal. sharir and syarafi request for nasi goreng. aku pun buatlah nasik goreng simple. janji derang kenyang. sarapan pulak derang nak makan kayu keramat. mcm biasa imported from Trg!. Alhamdulillah hari ni takde jadik mak tarzan...syarafi dgn sharir senang je bangun pagi.

Standby nak pegi sekolah ni. Tgk muka ceria nak jumpa kawan2. Hari ni aku pegi hantar derang ke sek. Kebetulan hujan lebat!.


Ini lak shahirah OTW back dari sekolah. beria2 dia nak ikut, jumpa kawan2. so bawak lah dia sekali dgn si kecik tu. punyalah lasak zahiroh kat sekolah! pastu nangis nak ikut along dia masuk kelas...meronta2.


Balik sek lak terus hantar zahiroh pegi rumah bbsitter. Punyalah dia mengamuk...ya ampunnnnn!!! baru sebulan setgh tu aku cuti. Kesian anak ummi ni kan. Tp apa nak buat ummi kena pegi kerja. Nanti balik ummi amik adik ye...

Kat opis...arghhhhh!!!!! tensen dgn org yg tak paham2 bahasa nih. Dari thn 2009 sampai masuk tahun 2010 mende yg aku soh buat tak buat2 jugak. At the end aku balik yg kena marah dgn big boss. Tgk byk sgt status pending. Tukar status pun susah ke? pehtu req mcm2 ..mcm le company ni BAPAK ko yg punya!! aku nak jadik hulk le dtg opis hari ni. Hari tu aku dah tegur " nak req mcm2 elok le ko bukak company sendiri.l ko nak cuti 3-4-5 thn pun takde org marah. ko rasa ko malas ko tak yah bukak. rasa rajin..bukak!!". Nape yek ada manusia perangai cam gini??

Dtg kerja buat lah kerja apa yg kita perlu buat. tak perlu nak demand mcm2...mcm lah pangkat tu besar sgt! - baju aku dah mcm nak koyak ni..maklum le kan jadik hulk!!

Saturday, January 2, 2010

Give away contest

Salam to all,
actually aku baru je menang give away contest dari Delicious-Cuppies . tak sangka pulak. sebenarnya aku ternampak mimie(owner blog) tgh mencari visitor number 2888. so dia invite semua utk masuk blog dia. aku ni masuk utk jenguk blog dia je. tak sangka lak ternampak kat visitor number tu 2888.

then aku email detail kat mimie. perghhhh aku menang beb!! TQ mimie. tak sangka kan! semlm aku pegi amik kek free tu(hujan lebat ptg semlm!!). Dlm kereta pun Zahiroh dah sibuk nak makan kek, nak potong kek.
Dlm kul 9 lebih baru aku potong kek tu. b4 that posing dulu.....hehehehee. Laki aku mcm biasa le kalo bab amik gambo ni. segala peralatan dia bawak keluar. Dah jadik mcm studio kekdahnya!

Mmg enjoy kek semlm. Sedap korang!! sapa strawberry lovers mmg kena sgt makan kek nih. Moist!!! Laki aku yg tak suka kek tu pun leh makan 2 slice!!! mmg sedap...



Semua posingggg..






Zahiroh ni mmg sibuk..kek kek kek...

Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010

Happy New Year utk semua. Dah masuk tahun 2010. selamat tinggal 2009. byk sgt memories yg kena tinggalkan kan.

Mlm new year kami cuma ke Jusco. nak keluar ke mana2 takut terperangkap dlm traffic jam. So keluarlah yg paling dekat dgn rumah. Ramai org tak yah le nak ckp. Jusco pun ada buat add 10% utk selected item. Aku tgk mcm brg dpt FREE kekdahnya...

Apa azam utk tahun baru? aku takde azam. sbb bagi aku perlu ke setiap tahun baru nak berazam bagai? aku suka " aku berazam dari skrg..." bukan " aku berazam pada thn..".

Esok aku dah start kerja after sebulan setgh cuti jaga shahirah. She's getting better. Alhamdulillah! Bila dah lama cuti ni rasa malas pulak nak pegi keje kan. Tp kalo tak keje mana nak bayar mcm2. Aku bertahan lama kerja sbb

1) medical utk opis aku cover 1 family. Susah nak carik tu and coverage pun boleh tahan byk. Utk spouse and anak2, kalo warded RM10K seorg per calendar year.

2) hidup perlukan duit. even korang nak masuk public toilet pun kena bayar.

Kalo ikutkan hati aku ni mmg aku nak kerja sendiri. Tp bila memikirkan byk mende. Aku tak boleh nak ikutkan kata hati. Ada 4 perut utk di isi. Suka tak suka WAJIB kena suka!! anak2 pun dah masuk sekolah. Zahiroh pada thn 2010 dah masuk 4 years.

Bisnes aku pada 2009. Alhamdulillah! Terima kasih pada semua yg bagi sokongan.

semoga terus ceria and ceria selalu. Amin!!

Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha utk semua. For the 2nd time beraya haji kat KL. This year sbb Shahirah masih belum recover so mmg sepakat utk tidak balik kg. Takde activity sgt for this hari raya. Maklum le hari raya haji sekadar biasa2 je.

Pagi2 Sharir, Syarafi and Azim pegi sembahyang raya dekat surau. Then derang balik, makan, makan, makan, makan dan makan. Aku masak kuah kacang, soto ayam dgn ketupat nasik.

Zahiroh pulak asyik nangis. sakit tekak..sakit tekak!. mmg dia tak makan apa2 lah. susu pun tak abis. sian anak ummi ni. Balik dari solat jumaat aku soh Azim beli kan ice cream. makan ice cream 2 mangkuk then dia kata tekak dah ok. baru lah jamah makanan sikit.

Ceria di Pagi Raya..hehehehe...




Jemput le menjamu mata....


Tuesday, November 24, 2009

Shahirah @ IJN

Alhamdulillah semua dah selamat. Shahirah dah boleh balik semlm (Monday. 23/11/2009). Lega rasa hati tgk dia dah ceria. Gambar ni yani (anak sepupu) yg amik masa dia and ray visit shahirah on sunday. Me?? fenat tak terkata. tido kat spital so paham2 sendiri lah. Demi anak, takpe lah. yg penting dia sihat dan selamat.


ceria je anak ummi ni kan.


yg ini luka dia hari ni. Day 7 after operation. Kena jaga betul2 sbb takut luka tu bernanah. So kena lah pantang apa yg patut. Baru start makan sup ikan haruan hari ni. my FIL pegi carik kat pasar borong this morning. TQ abah.

Thursday, November 19, 2009

Shahirah selamat menjalani operation

Salam to all,

Shahirah telah selamat menjalani operation semlm jam 5ptg. Terima kasih tak terhingga kpd penyumbang Dana Shahirah. Mmg 100% duit itu digunakan utk bayar ke IJN. IJN bagi short notice utk buat operation ni. 18/11/2009 dpt call dlm 11.15am, terus suruh datang untuk admit dan 19/11 buat operation. Sib baik dah standy duit, kalo takde? melopong je lah! nak tunggu duit EPF pun 3-4 hari bekerja!!

Alhamdulillah selamat dah semua and skrg dia di ICU, tingkat 1 , IJN. Aku pun blur sbb nak tgk pun cuma 6pm-8pm je even aku ni ibu. Sedihnya tp kena lah sabar. Aku dah bakal nampak kesakitan yg bakal dia tanggung sbb ini adalah open heart surgery. Moga2 anak ummi kuat ye syg.

Sunday, September 13, 2009

Salam Aidil Fitri



Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd semua rakan blogger. Lemau kan bulan puasa nih. Malas nak update blog. Nothing much diff dgn raya yg lepas2. Lebihkan keperluan anak2. Mcm biasa, kita mak2 ni.

Lagi bebrp hari nak sambut hari raya , semlm berkesempatan utk last minute shopping utk mak dan abah. Jusco buat aku meroyan semlm tau! ini yg malas nak pegi time2 sales ..hehehehe.

Brp lama korang cuti raya? Aku ni ingat nak cuti panjang this year. Nak balik trg jenguk mak yg tak brp sihat tu. Tp cuti ku tak lepas...huhuhuhuhu. 19hb sehari sblm raya tu aku kena kerja dah. Raya ke 3 pun aku dah start kerja balik. Bermakna nak balik Trg kena lah tunggu 2 minggu after raya. Terasa tight sgt schedule after raya nih!!! berderet sepupu2 kawin. Belah aku, belah azim.

Biskut raya? hehehehe...aku ada beli few biskut raya. Beli dgn wawa, nani, kerepek dgn brutal aka suzana. Yg bestnya 3 balang kuih raya dah abis di makan anak2, kerepek pun dah tinggal 1 bekas je lagi. Apa nak buat anak2 happy makan b4 raya. Makan je lahhhh!! dah ummi beli pun utk korang nak makan kan. Zahiroh macam biasa le...hari2 dia belasah kuih raya. Dia pun dah semakin tembammmmmmm!!!

Utk semua rakan blogger, Salam Aidil Fitri! terima kasih atas sokongan/sumbangan..apa2 lah yg berkaitan. Maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap.

Sunday, August 23, 2009

2nd day puasa

Salam to all,

2nd day puasa. Hari ni a little bit penat le. Sbb mcm biasa pagi2 dah bangun sahur. Then tidur sekejap after subuh, terus pegi hantar Sharir dan Shahirah ke Toll Pedas. My IL pickup derang kat sana. Cuti sekolah seminggu, hantar balik kg. Syarafi dgn Zahiroh stay at home. Kalo hantar semua kang pengsan lak org tua tu..hehehehee. Derang kata takat 2 org ok lagi. Masuk 3 dah tak dpt. Lepas tu rushing pegi off pulak.

Balik dari off 4pm. azim pickup aku and terus pegi Bazar Ramadhan kat Sri Serdang. Aku rasa kat KL ini lah bazar ramadhan yg paling happening. ( yg aku pernah attend). Mcm2 ada!!! Tadi tak beli byk le sbb mmg kalo ikutkan nafsu semua aku NAK!!!. pilih punya pilih just beli kuih tepung pelita, buah melaka, air soya panas dgn ayam percik.

Sampai rumah aku terus tido. Betul2 mengantuk. Bangun ngam2 at 6pm!! apa lagi beb kelam kabut le...masak nasik, goreng sayur kangkung ( yg terbengkalai semlm..ahakss). Lauk tak masak sbb tadi dah beli ayam percik 2 ketul ( perghh buleh tahan mahal...seketul RM5).

Sementara tunggu nak masuk berbuka mcm biasa layan facebook. Bz betul aku dgn kebun2 aku ...hahahhaaa..lin pun dah berjangkit! Farm ville, Farm Town.

Waktu berbuka mcm biasa budak yg paling sibuk dlm rumah aku adalah Zahiroh!!!!. Org baca doa dia pun sama baca doa berbuka dan doa makan wpun nasik dlm pinggan dia dah tinggal suku. Air pulak bergelas2 dia minum mcm le dia pulak yg puasa...hehehehe..itu lah kan gelagat anak2. Apa lah Sharir dgn Shahirah berbuka kat kg dgn atok dan wan derang yek. Tadi aku called Shahirah buleh plak dia ckp hari ni dia tak pose. Tadi dia muntah katanya!! pulakkkk...

Aku regret betullah makanan kat bazar ramadhan ni tau! ayam percik tak tahu apa rasa, kuih tepung pelita out!, buah melaka pun out!!! hampehhh!!! Kenapalah org berniaga makanan ni tak boleh nak masak masakan derang dgn hati yg ikhlas? Aku pun berniaga makanan jugak. Pernah jugak hantar kuih muih 10jenis sehari ke bazar ramadhan. Tp aku pastikan semua kuih muih aku berkualiti, rasa yg mesti org nak beli lagi. Harga pun reasonable. Insyallah bila customer berulang beli kita tak akan rugi. Bukan kah pintu 9/10 pintu rezeki itu datangnya dari berniaga? Frust betullah!

Teringat 3 thn lepas aku buat kuih utk bazar ramadhan. Mmg penat! dah le time tu pregnant kan Zahiroh tp dek semangat kuat nak buat kuih dan carik duit lebih. Aku gagahkan jugak! Alhamdullilah dpt puasa sebulan penuh di bulan ramadhan tu. Kuih2 aku pun sambutan alhamdulillah. Kalau ada balance tu aku sedekahkan pada cleaner dan jiran2. Lepas aku bersalin mmg aku stop buat kuih sbb tak sempat. mana nak manage anak2 lagi, tempahan lagi. Biasanya semua kuih yg aku nak buat , aku mesti test dulu. Kata org R&D gitu! apaaa ingat dapur aku takde R&D ke? tester dah ada 3 org... . Tiap2 thn kalo nak masuk ramadhan mesti akak2 yg berniaga di bazar ramadhan tanya " wan bila nak buat kuih hantar kat tempat akak ni?"....huhuhuhuhuhuhu...sorry lah akak2 sekalian. Saya tak sempat le. Maaf sgt2!

Skrg ni otak tgh ligat berfikir apa nak masak utk esok. Takpe...esok sempat lagi aku surfing! carik idea...any idea? boleh kita share2 ( pastikan ada resepi sekali ye.TQ!)

Saturday, August 22, 2009

1st day Puasa 2009

Salam Ramadhan to all,

1st day puasa! Alhamdulillah semua puasa penuh kecuali zahiroh. Dia pun tgh toilet training. Ok le tu..dah nak masuk 3 years. Jimat duit nak beli drypers! . Bab terbabas jgn ckp le. Tp nak kena SABAR!.

Tadi bangun sahur kul 4.15am. Aku bangun awal ke sbb nak kena masak nasi dan lauk pauk. So utk bersahur cuma makan telur dadar, ikan masak sambal berlada. Simple dah le..bukan nak makan sgt time ni. Semua terlentuk di meja makan.

Sementara nak tunggu subuh aku mcm biasa dok mengerjakan 'kebun' alam maya aku kat Facebook. Mmg gila kemaruk betul le...hahahahahaha...
Bangun semula at 10am. Dan lagi aku siap apa yg patut utk berbuka puasa dan juga dadih milo. Ini mmg favourite anak2 le. Dari dok beli ntah apa2 kat bazar ramadhan tu baik aku buat sendiri.

Ptg tu sampai umah dlm 6.30pm. Kelam kabut beb...tp ini lah hasilnya. Udang masak lemak cili api, cucur udang dgn ayam goreng jintan berempah. Nak goreng kangkung udah tak sempat. Makan je lah apa yg sempat ni. Janji ada lauk kan. Ini pun dah syukur alhamdulillah. Utk air pulak anak2 nak air bandung, nescafe utk aku and azim. Siap!!!



Zahiroh mcm biasa dialah org yg paling sibuk mengalahkan org puasa!. Org berbuka dia pun sama berbuka wpun tadi ptg bibik dah suapkan nasi. Macamanalah budak sorang ni tak bulat badannya...huhuhuhuhu

Sempat lagi ni posing sementara bebrp minit sblm berbuka.


Selamat berbuka semua!! tgh fikir apa le aku nak masak utk berbuka esok nih...

Friday, August 21, 2009

Balik Trg

Salam to all,

entry yg tertangguh ni..hehehehee. Dok gila farmville dgn farmtown kat FB so semua kerja tak jadik. Terukkan!!

Cerita pasal balik kg last week. Balik Trg tgk mak dgn abah. Both tak sihat. Mak kena masuk darah almost 4 pain. cuci darah...etc lah. Abah pulak low blood pressure. Sedih sbb mak dgn abah jauh so tak boleh le tgk selalu. Last week balik kg mmg penat gila sbb 3.30am (sat) bertolak from KL. Next day dlm 12.30pm dah balik KL. What to do...azim kerja on Monday.

Mlm tu kami semua dah siap packing brg. Semua anak2 dah suka nak balik kg. Siap nyanyi lagu " BALIK KG". nak tergelak pun ada. Ye lah. Sbb jarang2 balik trg. Mak dgn abah biasa dtg KL. Time balik tu semua tido. Maklum le...pagi kan! Sampai kat R&R Kuantan, kejut semua utk solat Subuh dan sarapan. Dah pesan semua nanti kita tak akan berhenti lagi dah. Makan kenyang2 dan buang air siap2. Kalo boleh nak sampai cepat.

Laki aku pulak dia kata nak lalu ikut jalan shortcut. Member opis dia ada tunjukkan jalan. Punyalah ikut konon2 jalan shortcut yg lagik cepat tu...sekali kuar2..KUANTAN!!! hahahahaha. Kena lah lalu ikut jalan pantai...

Sampai umah mak dlm kul 10.30am. Anak2 dah mcm biasa..jerit2 le.." nenekkk atokkkkkkkkkkk". Terkejut tgk mak! huhuhuhuhuhhuhu. mmg tak sihat sungguh2 le. Badan kurus. jalan pun slow amat! Dah angkut brg semua. driver mcm biasa le. Penat!.

Dah petang sikit, azim ajak pegi Pantai Batu buruk nak amik gambo. malas le..aku nak tido. Zahiroh pun tido. So mmg MALAS!! sharir, shahirah dgn syarafi udah terlepas ke rumah su da pulak. Sebenarnya tadi aku pegi beli brg kat Giant. Balik rumah mak tgk..anak2 aku dah kena kidnap ke rumah su da dia!! suka2 hati je dia amik anak2 aku kan..lempang kang..hik hik hik.

Esoknya pagi2 pegi carik kerepok lekor. Ini ibu mengandung yg kirim..so nak tak nak aku redah gak le. ayuuu..krn ko nak terpaksa lah aku pegi beli.

Dlm 12.30 pm kami bertolak balik ke KL. Sedih nak tinggal mak. tp nak buat camne....harap2 dia akan bertambah sihat. Anak2 mcm biasa nak balik KL semua muncung mcm donald duck.
Nanti kita balik kg lagi ye yang...

Semoga mak dan abah sihat seperti biasa. Mmg tak dengar sgt le suara gelak tawa mak sbb dia mmg tak sihat. Sedihkan!!

Friday, August 7, 2009

Syarafi ohhh syarafi!!!

salam...

entry yg tertangguh ni sebenarnya. Ini nak cerita pasal my 2nd boy AHMAD SYARAFI. Dia ni buat aku dgn laki aku arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! tension!.

Last 2 days, ada sorang ibu called bagitahu yg Syarafi paw duit anak diaRM2!. Tersentak aku japp...dan terfikir bila masa pulak aku ni ajar anak aku jadik gangster ni?. Sib baik yg call tu bagi tahu elok2. Sorry le pada yg call hari tu. Tak sempat nak tanya nama dan mintak maaf le diatas kenakalan anakku ini...huhuhuhuhuhu.

Sampai umah je terus panggil dia dan tanya. Ada tak mintak duit org! Lambat2 dia bagitahu " ADA!". adusssssssssssssssssssssssssssssss nak pitamm gueeeeee!!! Tak pernah aku ajar anak2 aku curik duit org! camne yg sorang ni buleh terjebak?..aku tanya lagi
aku : " Duit ummi bagi mana?"
Syarafi : " Beli pencil"
aku : " nape beli pencil ?"
Syarafi: "pencil tak ada"
aku mcm dah geram sgt dah. Kat umah pencil berlambak2. Aku siap beli borong kat mydin. Pencil, ruler, pemadam, segala mcm mende. Boleh bukak kedai stationary pun ye..apa lagi yg tak cukup?..arghhh aku tanya lagi

aku : " kenapa mintak duit org?"
Syarafi : " takde duit nak beli makanan"
aku : " ummi bagi bekal dgn air...mana pegi bekal yg ummi bagi tu?"
Syarafi : " dah abis"
aku : " beli makanan apa?"

aku dah lupa apa dia jawap. Mmg pelempangggg dulu aku bagi!!! Panas betul rasa hati time tu. Dah le curik duit org...beli makanan pulak! Jadik darah daging!! Makan hasil curi!!. Tak cukup tu kena rotan lagi..aduss mmg hilang betul sabar aku.

Syarafi sayang..ummi marah sbb ummi sayang syarafi bukan saja-saja nak marah. Ummi nak syarafi jadik anak yg dengar kata dan tak buat perkara yg ummi dan abah marah. Mencuri duit org tu salah. Ummi tak pernah ajar anak2 ummi utk ambil brg org apatah lagi duit!. Ummi dah bagi duit,bekal dan air utk anak2 ummi pegi sekolah. Dah lebih dari cukup!. Penat hari2 ummi bangun pagi..memasak utk anak2 sarapan dan bekal. Jgn lah buat ummi dgn abah marah lagi....TOLONG LAH!!!

Itu lah kisah my 2nd hero. Baru darjah 2. Kenapalah mcm tu???? aku ni tak reti ajar anak ke sampai anak boleh buat perangai mcm tu? ? Sedih tauuu...mlm tu aku tak lena tido memikirkan dia ni sorang. Esok nya aku soh Shahirah carik budak yg dia ambik duit tu dan gantikan balik. Dan sebagai DENDA!! aku potong belanja dia hari2 utk ganti balik duit org. Denda supaya dia ingat apa yg dia buat tu salah!. Dan bagi dia peringatan kejam sikit. Kalo dia amik duit/brg org lagi elok potong je lah tangan tu. Baik tak payah ada tangan!! Tahu dia takutt nangis2 sambil pandang tangan dia. Mencabar betul jadik ibubapa di zaman skrg ni.

Thursday, July 23, 2009

Kepenatan...

Hari ni bibik cuti. So mcm biasa kerja2 semua kena lah buat sendiri. Laundry, sapu umah, mop umah..segala2 lah. Mmg penat..arghhhhhhh!! at the same time kena pulak pegi pos brg customer. Zahiroh mcm biasa kalo aku ni ada kat umah, ya ampun..manja berlebih2.

Pagi tadi bangun awal sbb nak siapkan spaghetti goreng utk anak2 pegi sekolah. Maklum le spaghetti tu nak rebus leh tahan gak le mana. Buat 1 packet = 500gm. Utk sarapan dan bekal. Semua kata nak lebih sbb nanti kawan2 makan sama. Lepas anak2 pegi sek ingatkan nak terus tido tp teringat stock yg baru amik semlm belum lagi snap gambo. Sementera zahiroh tido elok aku siapkan cepat2. Nanti aku nak snap gambo brg dia dok tersengih, terlentok soh amik gambo dia dulu pulak. Meh tgk stock baru ni...cun2 kan.




Tgk2 jam dah kul 8am. Terpaksa lah jugak tido sbb mata sudah berat...nak di tongkat pun dah tak mampu. Tersedar jam 10am (plus minus)...fuhhh bingkas bangun, basuh baju, mandikan zahiroh, bagi dia makan. Mmmm aku ni mcm tak mampu nak jadik fulltime housewife mcm kelam kabut je...hahahahaha.

Siap semua terus keluar pegi pos brg kat jusco sambil intai2 apa yg patut. Balik rumah terus masak. Kang sat lagi anak2 balik sek, tak sempat masak. Menu utk lunch tadi - ayam goreng tepung, sup sawi, daging masak kicap, sambal ikan bilis. Dah lebih dari cukupppppppppppp!!!
Sekali time nak masak nasik tgk beras...alamakkk ngam2 utk lunch dgn dinner je. Nape seblm pegi jusco tadi tak tgk dlm bekas beras tu??? boleh turn back? hehehehee. Aku biasa pakai beras PEARL. ok le..harga pun tak mahal. Yg penting anak2 suka.

Lps anak2 pegi sekolah agama. Ingatkan nak tido. Tak jugak boleh tido. Last2 layan facebook. Dok tgk farmville. burn buddy...mcm2 lah.

Lupa nak update, semalam IJN called pasal operation shahirah. Insyallah date will be confirm later. Yg pasti operation dlm bulan nov or dec this year. Alhamdulillah...syukur sgt2. Kalo boleh nak cpt lagi tp dr pakar bedah ckp better buat time cuti sek sbb shahirah kena buat open heart surgery. Mmg akan lambat sikit utk recover sbb tu dia pilih time cuti sek. Apa2 lah dr..TQVM. Ini pun dah cukup membantu. Lin soh aku tgk kat youtube pasal open heart surgery. Ampunn!! mak takut lee nokss. Baik tak payah tgk. Kang tak lalu pulak aku...hehehehehehe.

Ptg tadi pulak boss aku call soh buat PMR. Ale bosss org tgh cuti ni. Dia ckp hantar by today gak!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! kata 1st aug!! napa nak hari ni pulak. Udah mcm pelesit aku ni siapkan PMR. Esok kena pulak pegi opis wpun cuti sbb semata2 nak sign mende alah tu je!..huhuhuhuhuhu... ok leee...saya dtg esok boss.

Monday, July 13, 2009

IJN - need moral support

salam,

semlm ada app dgn IJN. Muka Shahirah dah mcm cuak2. "ummi..angah takut lee..nak operation". le....bukan pegi operation le. Pegi check aje yang!! pun dia buat muka tak suka nak pegi. So aku terpaksa wat bodo je laaa..kang lain pulak citenya. Sebelum tu pegi pos brg customer dulu kat Mubarak Store. Dlm time2 mcm gini tak dan aku nak pegi Pej Pos Jusco Tmn Equine. So redah je lah mana yg cepat. After pos barang bekpes + lunch kat Tmn Equine. Warung tepi jalan je...as long as tempat tu bersih, murah dan sedap!

Alhamdulillah jalan tak jem. Masuk parking kat depan tu, tup2 ada parking. Alhamdulillah. mmg dipermudahkan Allah. syukur sgt!. Klinik pead kat depan parking tu je. Then pegi buat registeration...lama jugak yek. Udah muka Shahirah tak payah ckp le..asyik dok ulang word " TAKUT! TAKUT! TAKUT!". aku malas le nak layan...kang di buat dia melalak kat situ...haruuu!!

semlm kena buat 3 test. echo, ECG, x-ray. Time nak x-ray, dia udah dia buat muka mcm nak nangis. " ummi..angahh takuttt!". Jenuh aku ckp " x-ray takde apa. dia cuma nak tgk dlm badan angah ada apa. kot2 le angah makan ice cream kat sek, ummi tak tahu...so skrg ni ummi tahu lah angah tipu ummi"..dia gelak tp still lagi ada muka2 nak menangis. So aku tinggalkan dia dlm bilik X-ray. aku pun bukan buleh masuk dlm tu. Tup2 dia keluar dgn muka tersengih...laki aku tanya " sakit ke angah?"...udahh tersengihh je.." tak sakit pun!"...haaa kan ummi dah ckp. Lepas tu kena pegi echo pulak. Sampai kat depan bilik echo tu kul 1.30pm. Aku masuk bilik tu kosong je!. tanya nurse yg lalu..dia kata aku kena tunggu kul 2.00pm. Lagik setengah jam!!!!! dek boring menunggu, aku pegi kedai buku kat IJN tu. belek2 apa buku utk di beli dan baca (NO FREE READING ok....kesian yg org yg jual buku tu). Sementara menunggu kul 2pm aku baca buku RASA for ramadhan (konon2 nak tgk resepi for ramadhan le) and Shahirah pulak baca buku ASUH.

aku ni lemau betul bab2 nak menunggu lama2. Tp kena sabar jugak le...apa nak buat! TERPAKSA!. dlm kul 2.05pm gitu staff utk buat echo tu dtg..lagik sekali shahirah buat muka mcm nak nangis. Aku ckp pegi lah masuk. ummi tak boleh masuk...dia mcm lambat2 je nak masuk bilik echo. Udah staff tu menunggu....aku ckp " cepat angah...". Dia pun masuk jugak le.

Tak sampai brp minit dah keluar dgn muka tersengih " tak sakit pun!" haaaaa kan tadi ummi dah ckp tak sakit. Sebenarnya aku pun tak tahu echo tu buat apa..hahahahahaa

Lepas tu tunggu dr pulak. Ini lagik le lamaa...arghhhhhhh!!! shahirah udah buat muka mcm tapai basi. dia boleh ckp kuat2 " lambat nyaa!! kita nak tunggu sampai bila ni?". Aku ckp sabar le. hospital mmg le mcm ni. Dia diam sekejap time tgk cite Indon Upik Abu dan Laura.

Tup2 dr panggil. Terus masuk bilik jumpa Dr Norliza. Dia scan....( awat aku rasa scanner kat Sunway hari tu lagik canggih dari IJN???). Then dia print 4 pics jantung..ntah apa..mmg sepatah haram aku tak paham.

Lubang yg IJN dpt detect 20.3mm. Besar sikit le dari sunway kabo hari tu. Dan samalah mcm dr rosalie ckp jantung bengkak. apa2 lah tetap berlubang! Paling aku sentap bila dr ckp anak aku tak boleh nak buat chatheter closure sbb lubang tu besar dan mmg kena buat NORMAL SURGERY!!! uwaaaaaa sian Shahirah!!. sakit tu bebb!!

after semua tu this week tahu le bila date boleh buat operation. Aku ckp kat dr yg aku tak kisah bila nak operate. aku takmo tunggu cuti sek ke, raya ke, bulan puasa ke...semua aku tak kisah dan aku redah! yg penting anak aku sihat!. Sbb staff IJN kata ada yg nak time cuti sek, bulan puasa dgn bulan raya takmo...aku ckp aku ni simple je. As long as boleh operate bila mmg aku tak kisah. Jgn le dok berkira sgt pasal masa tu, yg penting anak sihat. Sudah le....manusia ada mcm2 ragam kan. Time raya lagik penting dari nyawa anak?? - no komen!

Hopefully secepat yg mungkin sbb IJN pun ada schedule yg perlu derang ikut. TQ utk semua, skrg ni aku perlukan MORAL SUPPORT. sadis bila dengar normal surgery...mcm udah terbayang betapa sakitnya Shahirah after operation..uwaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, July 10, 2009

TQ for your support

salam to all readers,
first of all, TQVM for your support. Bagi moral support, donate duit...mcm2 lah. Alhamdullillah mmg dipermudahkan Allah SWT. Shahirah will be referred to IJN next week dgn pertolongan seorg hamba Allah yg berhati mulia. TQ dear..hanya kak wan and family yg tahu siapa both of you. Mmg tak mampu kami nak balas jasa u berdua. TQVM!!

back to Dana Shahirah. juga lagi sekali TQVM utk semua. tempek kat blog, bagi donation etc. Kami hanya mampu mengalirkan air mata melihat acc yippie Shahirah bertambah dari sehari ke sehari. Pemurahnya rakyat Malaysia ni kan. Dan berharap kita bantu juga insan2 lain yg perlukan dana seperti ini. Kita tak mampu nak bagi byk, bagilah sikit. Just read di hmetro semlm abt 1 baby yg perlukan duit dlm RM45K.

SEBERANG JAYA: Keluarga kepada seorang bayi lelaki berusia 22 hari mengharapkan bantuan orang ramai menjelaskan bayaran kos pembedahan memperbetulkan saluran jantung terbalik dideritai bayi itu, yang dianggarkan mencecah RM45,000.

Bayi malang itu, Mohd Akram Fahim yang dilahirkan pada 17 Jun lalu di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, dikesan menghidap penyakit berkenaan dua hari selepas kelahirannya dan memerlukan pembedahan segera.

Ibunya, Zuraidah Ismail, 30, berkata keluarganya diberi dua pilihan oleh doktor sama ada meneruskan rawatan anak mereka di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur atau Pusat Perubatan Gleneagles (GMC) Pulau Pinang.

Katanya, berikutan keadaan anaknya yang memerlukan rawatan segera, mereka sekeluarga memilih GMC yang sudah melakukan pembedahan ke atas anaknya pada 1 Julai lalu, walaupun mereka masih belum menyediakan kos pembedahan berkenaan.

“Pendapatan suami saya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM1,300 sebulan hanya cukup untuk perbelanjaan harian kami sekeluarga terutama kami perlu menanggung empat lagi anak berusia dua hingga 10 tahun.

“Sehingga kini, kami masih belum mempunyai sebarang dana untuk membiayai kos pembedahan yang belum dibayar itu.

“Meskipun anak saya sudah selamat menjalani pembedahan, dia masih perlu mendapatkan rawatan susulan di GMC pada 10 Julai dan Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 17 Julai ini,” katanya yang ditemui selepas menerima lawatan Eksekutif Operasi, Sekretariat Pengaduan dan Kebajikan Rakyat (Sepakat), Azlina Mehtab Mohd Ishaq di rumahnya di Taman Sembilang, Seberang Jaya, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Biro Kebajikan Umno bahagian Permatang Pauh, Siti Zakiah Salleh.

kesian kan. Saya amat memahami hati ibunya sbb apa yg dia rasa sama dgn apa yg saya rasa skrg.

so how's shahirah today? Dia mcm biasa. Makan ikut mood. Kalo tidak ada selera mmg dia tak akan makan langsung! saya pun pelik mcmana perut dia boleh bertahan. Skrg dia amat takut pada operation. Sudah saya terangkan bahawa operation tu penting utk dia kembali sihat. Tp dia mmg amat takut. Sempat dia berYM dgn buddy YM saya lin(creator of dana shahirah) dia beritahu yg dia takut!. so camne nak buat lagi? apa2 pun kena try explain slowly kat dia yg dia perlu buat operation dgn jgn takut. Sbb next week dah kena ke IJN. tgk mcm2 patient kat sana sure dia akan lagik gerun. Still cuba utk tenang kan dia..tak buat dia rasa moody supaya proses di IJN smooth aje. Ingat nak bawak dia keluar...jalan2 amik angin!

Selalu pesan kat Shahirah, after solat jgn lupa berdoa supaya angah kembali pulih. Baca Quran utk tenangkan hati. Insyallah ummi hari2 doakan angah. setiap saat, setiap detik..angah kembali sihat dan ceria. Brp cost yg IJN bakal beritahu ummi akan carik utk angah. Sbb cost RM25K tu cuma anggaran dari Sunway Med.

Asyik dgn Shahirah je..so yg lain2 dah rasa mcm terpinggir. Sian pulak! sharir dgn syarafi pun dah bersuara "asyik2 angah..angahhh je...". Aku dah explain.." angah sakit le. Along dgn adik appy kena lah faham". Tp budak2, kita explain camne pun susah utk derang faham situasi kita kan.

Sedikit luahan hati utk readers esp yg suka dok menjual produk ni. Last few days mmg ramai caller/sms utk jual product masing2. Saya mintak jasa baik penjual2 yg baik hati ini utk memahami keadaan saya skrg. Bukan bermakna saya tak beli product anda saya tidak sayang anak saya. (Ada yg bagi statement mcm ni..so sad!!). Saya dlm keadaan stress, memikirkan kesihatan anak. Adalah lebih baik utk saudara saudari yg baik hati berdoa supaya anak saya kembali pulih dan sihat seperti anak2 anda. Bukan mendesak saya utk membeli produk2 anda. Dan bila saya tolak dgn baik ada antaranya sinis berbunyi " sayanglah anak puan tu!". come on!! apa yg anda rasa sekiranya anda berada di tempat saya dan suami? Dan adakah produk anda telah diakui berkesan utk pulih dari penyakit ini? Kenapa tak di sarankan pada doktor2 pakar di IJN utk berikan produk anda kpd semua pesakit di IJN supaya tidak ada yg menjalani operation yg perlukan duit berpuluh ribu RM? Kesian doktor pakar jantung kan, dia belajar punyalah lama dan sakit kepala utk dptkan title DOKTOR PAKAR, sekali penjual2 produk MLM ni dah lebih pakar dari doktor sendiri.

Dlm ramai2 caller yg menjual product saya dpt call dari sorang akak di Bayan Lepas. Saya beritahu saya tak mampu nak bayar skrg. Dia kata " tak apa wan, cubalah dulu bagi utk anak wan. Ini cuma supplement. Bayar tu no2! " dan dia mintak add saya, dan terus pos. Terima kasih akak. Kalo akak baca ni, terima kasih byk2 kak. Mmg saya bagi Shahirah makan vitamin yg akak bagi tu dan saya tahu vitamin yg akak pos kan tu harga mmg mahal. saya simpan Consignment Note.

Tuesday, July 7, 2009

Dana Shahirah - terharu dgn usaha kawan2




sebenarnya kan hari ini ntah brp kali aku nangis. terlalu terharu dgn usaha kawan2 aku utk dptkan dana utk shahirah. terkejut bila aku google tgk blog ntah sapa2 yg sememangnya aku tak kenal langsung. Terima kasih byk2 kpd kawan blogger sekalian. mmg tersentuh hati saya. so skrg ni nak cerita balik camne penyakit shahirah ni dpt detect.

Last week dia demam. Biasanya kalo demam mmg amik masa seminggu baru nak baik. So aku bawak le dia pegi Klinik Guna di Tmn Pinggiran Putra dekat umah aku ni. Dulu selalu ke Klinik Fadzliana di Tmn Equine. tp since klinik lama tu bukan panel lagi so aku terpaksa lah pegi ke klinik baru ni.

Dr pun check apa yg patut..soalan pertama dia tanya aku " anak u lahir kat mana?". of course le dgn confident aku jwp " malaysia le dr. kenapa?". sekali dr gelak..cesss...betul lah aku ckp. dah dia tanya aku lahir kat mana. Pastu dia tanya balik " which hospital". laaa ckp le hospital mana dari tadi kan ke senang. So aku jwp " UH". Dia pun start cite. he heard some murmur kat jantung anak aku. dia ckp dia pun tak tahu kenapa but dia refer mende tu ke pead. So aku ckp ok le, aku pegi sunway sbb aku dah biasa kat sana.

So aku pegi jumpa Dr Lim , pead sunway. Dia pun ckp mende yg sama. so dia kata dia refer ke pead cardiac, Dr Rosalie Yip. App pada 03/07/2009 sbb dia cuti dan app dia penuh. Kalo boleh aku nak cepat lagi sbb shahirah dah weak sgt. Krn tak sanggup tgk dia mcm tu, aku bagi dia minum ECPI. member aku zaidah yg suggest kan. Nak kata 100% bertenaga tu takde lah, tp at least mmg ada perubahan pada shahirah. Selera makan pun naik sikit, boleh le bangun. Kalo tak asyik baring je la.

Jumpa Dr Rosalie...dia check semua. And dia ckp ok le kita buat test. Turun ke Special Diagnostics Dept kat bawah. Punyalah lama tunggu..aku dah menggeletar sejukkkk!!!. Then Dr panggil kitaorg masuk bilik scanner. Scan jantung shahirah. Lama tau..aku dgn laki aku sepatah haram tak paham apa dia buat. Lama..baru dia ckp " ok..confirmed! shahirah ada jantung berlubang" uwaaaaa mcm nak pitam aku rasa beb. ANAK AKU ADA JANTUNG BERLUBANG??? mimpi ke ni? Dr tgk aku dgn laki aku mcm blur..so dia ckp " ok..jom kita naik atas. kita discuss at my room". Aku tak tahu le nak nangis ke nak apa ke. mmg blurr..huhuhuhu

Dan lagi sekali aku nak pitam bila dr ckp " cost dlm rm25K"!!!!!!. Aku terpk pasal EPF. Tp kan yg aku regret sgt tu aku baru keluarkan EPF utk bayar duit rumah last 2 years. laki aku lak last year. arghhhhhhhhhhhhhh!!! takpe lah balik nanti aku check online brp balance yg ada. Brp2 pun yg ada aku redha. So kena lah carik fund lain.

Dr cadangkan aku utk refer ke HKL dulu then mintak HKL refer ke IJN. at least boleh kurangkan cost. Tup2 Dr call aku ckp HKL dah penuh. So skrg dia try dptkan app at Hosp Serdang pulak. Masih menunggu kata putus dari Hosp Serdang. Lamanya nak tunggu....wpun baru semlm Dr beritahu pada aku

Selama ni selama 10 thn anak aku hidup takde sorang doctor pun boleh detect penyakit ni. So aku mmg tak reti nak komen sbb aku bukan doctor.

Then aku cerita kat member aku nor, lin dgn ayu. Itu lah member aku 3 org. Tup2 aku tgk kat dah wujud DANA SHAHIRAH. fuhhhh!!! tak terkata aku sebenarnya dan tak sangka. Sungguh!!! menangis aku dgn usaha kawan2 aku ni. Bila aku google. udah merata DANA SHAHIRAH. dan juga terima kasih aku tak terhingga kpd yg bagi duit. Saya tak kenal anda, anda pun tak kenal saya. Tp kata org atas dasar keprihatinan dan keikhlasan anda, hanya Yang Maha Kuasa dpt membalasnya. Sikit atau byk bukan ukuran sebenarnya. Terasa mcm terhutang budi dan nyawa kpd yg derma duit.

Mungkin bagi org yg kaya RM25K mcm takde apa2. Tp bagi aku yg kayaP ni, RM25K tu bykkkkk!!!

TQ juga pada yg bagi cadangan utk mintak dgn pusat zakat, tabung kebajikan IJN, mcm2 lah. Insyallah akan aku redah demi anak aku!!!