Tuesday, July 7, 2009

Dana Shahirah - terharu dgn usaha kawan2




sebenarnya kan hari ini ntah brp kali aku nangis. terlalu terharu dgn usaha kawan2 aku utk dptkan dana utk shahirah. terkejut bila aku google tgk blog ntah sapa2 yg sememangnya aku tak kenal langsung. Terima kasih byk2 kpd kawan blogger sekalian. mmg tersentuh hati saya. so skrg ni nak cerita balik camne penyakit shahirah ni dpt detect.

Last week dia demam. Biasanya kalo demam mmg amik masa seminggu baru nak baik. So aku bawak le dia pegi Klinik Guna di Tmn Pinggiran Putra dekat umah aku ni. Dulu selalu ke Klinik Fadzliana di Tmn Equine. tp since klinik lama tu bukan panel lagi so aku terpaksa lah pegi ke klinik baru ni.

Dr pun check apa yg patut..soalan pertama dia tanya aku " anak u lahir kat mana?". of course le dgn confident aku jwp " malaysia le dr. kenapa?". sekali dr gelak..cesss...betul lah aku ckp. dah dia tanya aku lahir kat mana. Pastu dia tanya balik " which hospital". laaa ckp le hospital mana dari tadi kan ke senang. So aku jwp " UH". Dia pun start cite. he heard some murmur kat jantung anak aku. dia ckp dia pun tak tahu kenapa but dia refer mende tu ke pead. So aku ckp ok le, aku pegi sunway sbb aku dah biasa kat sana.

So aku pegi jumpa Dr Lim , pead sunway. Dia pun ckp mende yg sama. so dia kata dia refer ke pead cardiac, Dr Rosalie Yip. App pada 03/07/2009 sbb dia cuti dan app dia penuh. Kalo boleh aku nak cepat lagi sbb shahirah dah weak sgt. Krn tak sanggup tgk dia mcm tu, aku bagi dia minum ECPI. member aku zaidah yg suggest kan. Nak kata 100% bertenaga tu takde lah, tp at least mmg ada perubahan pada shahirah. Selera makan pun naik sikit, boleh le bangun. Kalo tak asyik baring je la.

Jumpa Dr Rosalie...dia check semua. And dia ckp ok le kita buat test. Turun ke Special Diagnostics Dept kat bawah. Punyalah lama tunggu..aku dah menggeletar sejukkkk!!!. Then Dr panggil kitaorg masuk bilik scanner. Scan jantung shahirah. Lama tau..aku dgn laki aku sepatah haram tak paham apa dia buat. Lama..baru dia ckp " ok..confirmed! shahirah ada jantung berlubang" uwaaaaa mcm nak pitam aku rasa beb. ANAK AKU ADA JANTUNG BERLUBANG??? mimpi ke ni? Dr tgk aku dgn laki aku mcm blur..so dia ckp " ok..jom kita naik atas. kita discuss at my room". Aku tak tahu le nak nangis ke nak apa ke. mmg blurr..huhuhuhu

Dan lagi sekali aku nak pitam bila dr ckp " cost dlm rm25K"!!!!!!. Aku terpk pasal EPF. Tp kan yg aku regret sgt tu aku baru keluarkan EPF utk bayar duit rumah last 2 years. laki aku lak last year. arghhhhhhhhhhhhhh!!! takpe lah balik nanti aku check online brp balance yg ada. Brp2 pun yg ada aku redha. So kena lah carik fund lain.

Dr cadangkan aku utk refer ke HKL dulu then mintak HKL refer ke IJN. at least boleh kurangkan cost. Tup2 Dr call aku ckp HKL dah penuh. So skrg dia try dptkan app at Hosp Serdang pulak. Masih menunggu kata putus dari Hosp Serdang. Lamanya nak tunggu....wpun baru semlm Dr beritahu pada aku

Selama ni selama 10 thn anak aku hidup takde sorang doctor pun boleh detect penyakit ni. So aku mmg tak reti nak komen sbb aku bukan doctor.

Then aku cerita kat member aku nor, lin dgn ayu. Itu lah member aku 3 org. Tup2 aku tgk kat dah wujud DANA SHAHIRAH. fuhhhh!!! tak terkata aku sebenarnya dan tak sangka. Sungguh!!! menangis aku dgn usaha kawan2 aku ni. Bila aku google. udah merata DANA SHAHIRAH. dan juga terima kasih aku tak terhingga kpd yg bagi duit. Saya tak kenal anda, anda pun tak kenal saya. Tp kata org atas dasar keprihatinan dan keikhlasan anda, hanya Yang Maha Kuasa dpt membalasnya. Sikit atau byk bukan ukuran sebenarnya. Terasa mcm terhutang budi dan nyawa kpd yg derma duit.

Mungkin bagi org yg kaya RM25K mcm takde apa2. Tp bagi aku yg kayaP ni, RM25K tu bykkkkk!!!

TQ juga pada yg bagi cadangan utk mintak dgn pusat zakat, tabung kebajikan IJN, mcm2 lah. Insyallah akan aku redah demi anak aku!!!

11 comments:

  1. hapa bersabar dgn dugaan besar dari allah ini , anak shamihah mengigatkan saya pada adik saya , sewaktu itu adik masih sekolah darjha 5 , memang amat memeranjatkan kami sekeluarga ,

    alhamdulillah allah mempermudahkan segalanya , kebetulan bila kami daftar diri di IJN dr yg membuat pembedahan itu adalah saudara kenalan baik ayah , dgn tiada bayaran yg dikenakan kerana adik masih sekolah , alhamdulillah kini adik dah berkahwin dan sihat seadanya ..

    banyakkan bersabar dan berusaha agar allah mempermudahkan segala usaha kita .. insyaallah ..

    ReplyDelete
  2. kak wan..sabaq bebanyak yee..
    Allah x pernah menzalimi kita.. DIA uji sebab nak kita dekatkan diri kita denganNYA..
    mudah2an shahirah cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. salam, i found your blog from another blogger, sabar ye dengan dugaan ni, inysallah ada rezeki kumpul fund for the operation.

    dan nak tanya, your name ni familiar..and i think i know u before (we same age btw).. u dulu AYTB ke? i kenal sorang nama same as yours (nama bapa pun sama) masa AYTB.. dia sekolah Nasarudin.. i sekolah Tg Mahmud.. kalau bukan salah orang la..he..he

    my blog: http://littlemamadiary.com

    ReplyDelete
  4. TQ ieda and mila. Sesungguh ini adalah ujian dari Allah.

    to ros...ini rosmini ibrahim ke? huhuhuhu what a small world! mmg tak salah org lagi. saya le tu. smpi skrg sa still contact dgn fazlina. Do contact me at 013 6015 362

    ReplyDelete
  5. Kepada akak (yg tidak saya kenali), byk2 sabar... Dari-NYA kita datang, kepada-NYA kita serahkan seluruh hidup kita. DIA tidak akan menguji kita tanpa alasan... Mintalah dgn-NYA dan hanya kepada-NYA kerana DIA TUHAN YANG MAHA AGUNG... Insya-ALLAH, DIA tidak akan menghampakan kita. Semoga semuanya selamat.

    ReplyDelete
  6. sa, yes it's me! small world kan..jumpa balik after like almost 18 years? i pun ada contact fazlina tu tapi jarang2 je..pernah pegi rumah dia jumpa muszaimey sekali..last 2 years kot..

    senang2 visit my blog ok..i saved already your no btw..later i call u ok.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    I am no body to you & we don't know each other but I also have a little daughter that I love so much! I'll help posting "Dana Shahirah" in my blog. Hopefully there will be more hidden hand help you then. Be strong cause your daughter need you.

    "Ällah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Segala ujian ada pasti ada hikmahnya"

    ReplyDelete
  8. kak wan,
    Semoga kak wan dpt biayai semua perbelanjaan tu. Saya akan menyumbang juga, insyaAllah. Saya akan sebarkan tentang Dana Shahirah ni. Semoga Kak wan sekeluarga byk2 bersabar dan tabah demi anak2

    -Siti

    ReplyDelete
  9. Salam Wan,muga u tabah dalam apa jua cubaan dan dugaan yang Tuhan beri pada u n family,Insyallah muga Tuhan permudahkan jalan untuk rawatan anak u tu....

    ReplyDelete
  10. salam kenal..sy lompat dari blog mommy qastalani..semoga tabah menghadapi dugaan, harap berjaya kumpulkan dana, sy harap sy leh bantu dgn wat entry dana shahirah kat blog sy..amin..

    ReplyDelete
  11. Salam Puan,

    Saya link kan dana utk shahirah pada blog saya. Harap2 lebih ramai akan memberi sumbangan.

    ReplyDelete