Friday, July 10, 2009

TQ for your support

salam to all readers,
first of all, TQVM for your support. Bagi moral support, donate duit...mcm2 lah. Alhamdullillah mmg dipermudahkan Allah SWT. Shahirah will be referred to IJN next week dgn pertolongan seorg hamba Allah yg berhati mulia. TQ dear..hanya kak wan and family yg tahu siapa both of you. Mmg tak mampu kami nak balas jasa u berdua. TQVM!!

back to Dana Shahirah. juga lagi sekali TQVM utk semua. tempek kat blog, bagi donation etc. Kami hanya mampu mengalirkan air mata melihat acc yippie Shahirah bertambah dari sehari ke sehari. Pemurahnya rakyat Malaysia ni kan. Dan berharap kita bantu juga insan2 lain yg perlukan dana seperti ini. Kita tak mampu nak bagi byk, bagilah sikit. Just read di hmetro semlm abt 1 baby yg perlukan duit dlm RM45K.

SEBERANG JAYA: Keluarga kepada seorang bayi lelaki berusia 22 hari mengharapkan bantuan orang ramai menjelaskan bayaran kos pembedahan memperbetulkan saluran jantung terbalik dideritai bayi itu, yang dianggarkan mencecah RM45,000.

Bayi malang itu, Mohd Akram Fahim yang dilahirkan pada 17 Jun lalu di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, dikesan menghidap penyakit berkenaan dua hari selepas kelahirannya dan memerlukan pembedahan segera.

Ibunya, Zuraidah Ismail, 30, berkata keluarganya diberi dua pilihan oleh doktor sama ada meneruskan rawatan anak mereka di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur atau Pusat Perubatan Gleneagles (GMC) Pulau Pinang.

Katanya, berikutan keadaan anaknya yang memerlukan rawatan segera, mereka sekeluarga memilih GMC yang sudah melakukan pembedahan ke atas anaknya pada 1 Julai lalu, walaupun mereka masih belum menyediakan kos pembedahan berkenaan.

“Pendapatan suami saya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM1,300 sebulan hanya cukup untuk perbelanjaan harian kami sekeluarga terutama kami perlu menanggung empat lagi anak berusia dua hingga 10 tahun.

“Sehingga kini, kami masih belum mempunyai sebarang dana untuk membiayai kos pembedahan yang belum dibayar itu.

“Meskipun anak saya sudah selamat menjalani pembedahan, dia masih perlu mendapatkan rawatan susulan di GMC pada 10 Julai dan Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 17 Julai ini,” katanya yang ditemui selepas menerima lawatan Eksekutif Operasi, Sekretariat Pengaduan dan Kebajikan Rakyat (Sepakat), Azlina Mehtab Mohd Ishaq di rumahnya di Taman Sembilang, Seberang Jaya, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Biro Kebajikan Umno bahagian Permatang Pauh, Siti Zakiah Salleh.

kesian kan. Saya amat memahami hati ibunya sbb apa yg dia rasa sama dgn apa yg saya rasa skrg.

so how's shahirah today? Dia mcm biasa. Makan ikut mood. Kalo tidak ada selera mmg dia tak akan makan langsung! saya pun pelik mcmana perut dia boleh bertahan. Skrg dia amat takut pada operation. Sudah saya terangkan bahawa operation tu penting utk dia kembali sihat. Tp dia mmg amat takut. Sempat dia berYM dgn buddy YM saya lin(creator of dana shahirah) dia beritahu yg dia takut!. so camne nak buat lagi? apa2 pun kena try explain slowly kat dia yg dia perlu buat operation dgn jgn takut. Sbb next week dah kena ke IJN. tgk mcm2 patient kat sana sure dia akan lagik gerun. Still cuba utk tenang kan dia..tak buat dia rasa moody supaya proses di IJN smooth aje. Ingat nak bawak dia keluar...jalan2 amik angin!

Selalu pesan kat Shahirah, after solat jgn lupa berdoa supaya angah kembali pulih. Baca Quran utk tenangkan hati. Insyallah ummi hari2 doakan angah. setiap saat, setiap detik..angah kembali sihat dan ceria. Brp cost yg IJN bakal beritahu ummi akan carik utk angah. Sbb cost RM25K tu cuma anggaran dari Sunway Med.

Asyik dgn Shahirah je..so yg lain2 dah rasa mcm terpinggir. Sian pulak! sharir dgn syarafi pun dah bersuara "asyik2 angah..angahhh je...". Aku dah explain.." angah sakit le. Along dgn adik appy kena lah faham". Tp budak2, kita explain camne pun susah utk derang faham situasi kita kan.

Sedikit luahan hati utk readers esp yg suka dok menjual produk ni. Last few days mmg ramai caller/sms utk jual product masing2. Saya mintak jasa baik penjual2 yg baik hati ini utk memahami keadaan saya skrg. Bukan bermakna saya tak beli product anda saya tidak sayang anak saya. (Ada yg bagi statement mcm ni..so sad!!). Saya dlm keadaan stress, memikirkan kesihatan anak. Adalah lebih baik utk saudara saudari yg baik hati berdoa supaya anak saya kembali pulih dan sihat seperti anak2 anda. Bukan mendesak saya utk membeli produk2 anda. Dan bila saya tolak dgn baik ada antaranya sinis berbunyi " sayanglah anak puan tu!". come on!! apa yg anda rasa sekiranya anda berada di tempat saya dan suami? Dan adakah produk anda telah diakui berkesan utk pulih dari penyakit ini? Kenapa tak di sarankan pada doktor2 pakar di IJN utk berikan produk anda kpd semua pesakit di IJN supaya tidak ada yg menjalani operation yg perlukan duit berpuluh ribu RM? Kesian doktor pakar jantung kan, dia belajar punyalah lama dan sakit kepala utk dptkan title DOKTOR PAKAR, sekali penjual2 produk MLM ni dah lebih pakar dari doktor sendiri.

Dlm ramai2 caller yg menjual product saya dpt call dari sorang akak di Bayan Lepas. Saya beritahu saya tak mampu nak bayar skrg. Dia kata " tak apa wan, cubalah dulu bagi utk anak wan. Ini cuma supplement. Bayar tu no2! " dan dia mintak add saya, dan terus pos. Terima kasih akak. Kalo akak baca ni, terima kasih byk2 kak. Mmg saya bagi Shahirah makan vitamin yg akak bagi tu dan saya tahu vitamin yg akak pos kan tu harga mmg mahal. saya simpan Consignment Note.

5 comments:

  1. Salam kak...simpati dari saya.Semoga Shahirah akan tabah lalui hari2 mendatang..dan semoga semuanya dipermudahkan,insyallah.oh,btw,my lil girl pun share the same name macam akak..her full name EDRIANA SAMIHAH

    ReplyDelete
  2. huhuhu kdg kala manusia ni nak menolong sambil ambil kesempatan... Apa la sgt kita cuba memahami org yg dlm kesusahan...Hari ni ari dia ntah2 esk hari kita pula...

    ReplyDelete
  3. semoga Allah permudahkan usaha sume utk bantu shahirah... kuatkan semangat akak ya...

    ReplyDelete
  4. salam simpati dari saya. bersabarlah, insyallah. kita doakan yang terbaik & moga Allah permudahkan usaha.

    ReplyDelete
  5. Salam, saya dapat tahu kisah u dari Ros- Moms Blogger Planet. Saya bersimpati dengan nasib Puan. harap Syahirah tabah ..:) Insya Allah, saya akan bantu apa yg patut yer ...

    Semogaa Tuhan memudahkan segalanya untuk Puan sekeluarga...AMINNNN

    ReplyDelete